- Umno sogok wang beli pengundi
KUALA TERENGGANU - Dakwaan 40 peratus pengundi muda kononnya beralih arah untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang, adalah palsu dan tidak benar
Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas menyanggah kenyataan palsu Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Razali Idris.
Wan Faizul menegaskan pengundi muda yang dikatakan dari kawasan Marang itu adalah sebenarnya pengundi atas pagar yang belum membuat keputusan.
“Dakwaan Razali yang mengatakan sebelum ini kebanyakan pengundi muda itu tidak mengikuti program UMNO kerana mengikut PAS juga tidak benar
“Mengikut fakta diterima, seramai 40 peratus pengundi muda yang masuk UMNO itu dikategorikan sebagai pengundi atas pagar dan mereka bukan ahli PAS,” katanya merujuk kepada berita yang disiarkan sebuah akhbar tempatan.
Menurutnya, Umno menganjurkan banyak program yang menawarkan imbuhan dan sogokan untuk menarik golongan muda mendaftar menjadi ahli UMNO.
Beliau berkata, Umno secara terang-terangan menawarkan 'Dana Bakti Remaja' dan 'Dana Hari Raya' yang hanya diberi kepada mereka yang mendaftar sebagai pengundi mengikut saluran Umno sahaja.
“Saya sendiri mendapat maklumat dan pengakuan daripada golongan pengundi muda yang telah terjebak dalam perkara ini.
“program Dana Bakti Remaja diadakan di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan bagi menarik pengundi muda. Mereka ditawarkan lebih RM700 sekiranya mendaftar menjadi ahli UMNO,” katanya yang menambah, Razali sengaja menimbulkan isu dan suka mencari publisiti murahan.
“Pemuda PAS dengan tegas menafikan dakwaan itu langsung tidak berasas. Bahkan, kenyataan itu sengaja direka bertujuan politik dan cuba melemahkan pengaruh Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang,” katanya ketika ditemui Buletinonline.
Razali, sebagaimana dilaporkan akhbar Sinar Harian, menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan tumbang dalam PR U-13 akan datang kesan ‘silent protes’ apabila parti itu menyertai Pakatan rakyat (PR).
Oleh sebab itu, Razali mendakwa ahli UMNO Marang terus meningkat kepada 700 pengundi baru bulan lalu di mana 40 peratus terdiri dalam kalangan pengundi muda yang sebelum ini tidak pernah menyertai program UMNO kerana menjadi pengikut PAS.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Daftar sebagai pengundi layak terima dana raya
Pantai Air Tawar, Besut - Orang ramai yang permohonan bantuan dana raya mereka ditolak berpeluang memperoleh semula dana tersebut dengan mendaftar sebagai pengundi dan menunjukkan slip pendaftaran.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sejak sepuluh tahun lalu, bantuan hari raya diagihkan kepada rakyat dan bagi tahun ini Kerajaan Negeri melakukan pemeriksaan bagi memastikan calon yang menerima bantuan mendaftar sebagai pemilih atau sebaliknya.
Menurutnya, sekurang-kurangnya 600 orang di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dikesan tidak mendaftar sebagai pemilih menyebabkan nama mereka digugurkan namun Kerajaan Negeri memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar dan bantuan akan diberikan dengan menunjukkan bukti pendaftaran dilakukan.
“Selepas peraturan ini diperkenalkan, kita sudah mendaftarkan kira-kira 15,000 pengundi baru di negeri ini hanya dalam tempoh seminggu manakala pembayaran bagi mereka yang baru mendaftar akan dibayar selewat-lewatnya selepas raya.
“Ada juga yang marah kerana tidak mendapat dana raya tahun ini dan mengatakan tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang. Tetapi, sebenarnya mereka tidak boleh hendak mengundi sama ada UMNO atau Pas kerana nama mereka tidak tersenarai sebagai pemilih,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 2,500 penduduk daerah ini di kediaman rasmi Pegawai Daerah Besut, di sini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Kesihatan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad, ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof dan ADUN Jabi, Ramlan Ali. Turut dijemput bekas ADUN termasuk dari Pas.
Terdahulu, Ahmad melakukan lawatan di tapak pembinaan Taman Ilmu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Tembila dan Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut di Bukit Keluang. (Sinar Harian, 5 September, 2010)

Ulasan