KUALA TERENGGANU: PAS menyifatkan dakwaan kononnya kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap berniat jahat, berkepentingan politik Umno serta kenyataan yang tidak cerdik.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata dakwaan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said bahawa kerajaan negeri sekarang terpaksa menanggung beban kerana kecuaian kerajaan PAS bermotif politik.
Katanya, MB ‘Mat Said’ disifatkan seorang yang tidak cerdik kerana tidak tahu membezakan antara kerajaan dengan parti politik.
“Kenyataan Mat Said bahawa kerajaan Terengganu hari ini terpaksa menanggung beban hasil dari kecuaian kerajaan PAS yang menyebabkan disaman RM1 bilion oleh Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd itu bermotif politik.
“Saya merasakan sebagai seorang Menteri Besar, saya rasa ‘Mat Said’ ini tidak reti beza antara kerajaan dengan parti politik. Sebab kerajaan ini satu entiti dan parti ini satu entiti yang lain.
“Rakan-rakan dia dalam Umno pernah kata Mat Said ini ‘bodoh’ tetapi saya tidaklah sampai ke tahap itu untuk kata dia seorang yang bodoh. Tetapi, saya rasa dia (Mat Said) tidak cerdik sikit dalam hal ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, MB Terengganu disifatkan kurang cerdik kerana menyalahkan PAS sedangkan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Katanya, jika proses mahkamah belum selesai dikhuatiri boleh menimbulkan subjudis serta persepsi yang salah.
“Kes ini dia boleh menimbulkan subjudis sebenarnya kerana proses mahkamah belum selesai tetapi gambaran yang diberi oleh akhbar ini, seolah-olahnya kerajaan ini terpaksa tanggung beban RM1 bilion.
“Ini satu persepsi yang salah kerana proses mahkamah belum selesai lagi. Kes ini sekarang di Mahkamah Tinggi, selepas ini Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Exco ketika Kerajaan PAS Terengganu bercadang mengambil tindakan perundangan terhadap kenyataan Ahmad tersebut.
Katanya, PAS telah melantik peguam bagi meneliti segala kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu dalam masa terdekat ini.
“Kita (PAS) telah minta peguam-peguam kita untuk tengok dan teliti kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Said itu terhadap PAS.
“Jika ada asas untuk kita ketengahkan, kita akan ambil tindakan undang-undang termasuk saman,” tegasnya.
Menurutnya, isu tersebut cuba dipolitikkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional dengan melabelkan PAS sebagai yang bertanggungjawab.
Hadir sama pada siding media tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Ulasan