KUALA NERUS - Masyarakat setempat lega dengan serbuan dibuat pihak berkuasa tempatan keatas sebuah pusat 'karaoke haram' di Taman Desa Solehah dekat sini, walaupun merasakan tindakan tersebut agak lambat.
Tindakan pihak berkuasa sepatutnya diambil lebih awal memandangkan pusat hiburan tersebut telah beroperasi 'secara terang-terangan' sejak enam bulan lalu.
Menurut seorang penduduk, kegiatan 'menjolok mata' remaja lelaki dan perempuan yang menjadi pelanggan pusat hiburan itu menjadi buah mulut dan mencetuskan kegelisahan masyarakat setempat.
"Sepatutnya pihak berwajib ambil tindakan lebih awal, (kerana) ia beroperasi secara terang-terang, semua orang tahu dan orang kampung bimbang takut anak-anak remaja mereka akan terjebak sama,"katanya yang mahu dikenali sebagai Pak Joe sahaja.
(Gambar - Imam masjid, kupiah hitam janggut putih, turut bersama dalam serbuan)
Beliau berkata sekumpulan penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) disertai jamaah masjid serta masyarakat Kampung Padang Air telah menyerbu karaoke haram terbabit, pada jam 10 malam, Sabtu 25 Disember.
Katanya, dalam serbuan tersebut pihak penguatkuasa MBKT telah mengeluarkan amaran dan saman kepada pengendali pusat karaoke terbabit.
Dalam pada itu, skuad buletinonline telah beberapa kali membuat intipan berkaitan 'modus operandi' pusat karaoke haram berkenaan.
Melalui pemerhatian skuad Buletinonline, pusat tersebut didapati memulakan perkhidmatannya selepas waktu solat Isya' sekitar jam 9.00 malam dan ditutup sehingga dinihari.
Kebanyakkan pengunjung pusat haram itu adalah dikalangan remaja yang biasanya datang secara berkumpulan.(Lihat video klip)
Pusat itu juga disyakki menjadi pusat kegiatan tidak bermoral apabila didapati dikalangan empat atau lima orang remaja lelaki yang datang, membawa bersama seorang atau dua remaja perempuan.

Ulasan