Tolak Umno dan Barisan Nasional Secara Total - Dr. Alias Razak

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/lancarbkttunggal%20008.jpg- terlalu banyak tindakan kerajaan Umno/BN merugikan rakyat

KUALA NERUS
-  Perbelanjaan yang digunakan bukannya sedikit. Bukan satu, dua juta. Bukan sepuluh, dua puluh juta. Untuk mengorek dan mendalamkan kawasan yang mahu dijadikan tapak perlumbaan itu sahaja sudah RM500,000,000.00 (lima ratus juta, bersamaan setengah bilion) wang rakyat di curahkan ke dalam sungai tersebut

Setiap tahun penganjurannya berpuluh-puluh juta pula dihabiskan. Pada tahun permulaannya dilaporkan sebanyak RM300 juta habs untuk kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

(Gambar - Presiden PAS menurunkan tandatangan di atas bendera PAS, sebelum menyerahkan 'panji-panji' itu kepada Ketua-ketua Peti Undi)

"Sehingga kini tidak nampak impaknya, kepada rakyat Terengganu dan penduduk pulau Duyung khususnya, Yang dapat faedah, pemimpin politik Umno, syarikat-syarikat besar dan orang-orang luar,"ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak.

Menurutnya, dengan perbelanjaan hampir RM1 bilion itu, kerajaan sepatutnya dapat membina kilang-kilang dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu.

"Sebagai contoh, kilang pemasangan komputer, belanja pembinaannya habislah sekitar RM15 juta, untuk modal dan kos pengeluaran lain, habislah semua sekali RM50 juta, dengan satu bilion dihabiskan untuk 'Monsoon Cup' kita boleh buat 20 buah kilang, berapa ramai rakyat yang boleh kerja??,"jelasnya.

Oleh itu beliau menyeru seluruh rakyat Terengganu menolak secara 'total' Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 akan datang dan menggantikannya dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera PAS DUN Bukit Tunggal yang disempurnakan oleh Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Taqwa dekat sini semalam.

Dr. Alias yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, Umno dan Barisan Nasional terlalu banyak melakukakn tindakan yang merugikan rakyat negeri Terengganu.

Selain 'Monsoon Cup', pembinaan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man juga tidak membawa pulangan yang menguntungkan atas pelaburan yang dibuat oleh kerajaan Terengganu.

"Setiap tahun terpaksa ditambah peruntukkannya daripada kerajaan, untuk penyelenggaraan kerana pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan,

"Dalam sidang DUN Bajet baru-baru ini, RM10 juta diperuntukkan (untuk tujuan itu),"tambahnya

Buletinonline dimaklumkan sebanyak RM27,000 sumbangan dan derma untuk dana pilihanraya telah berjaya dikumpulkan sempena Majlis Palancaran diatas.

Ulasan