KUALA TERENGGANU - Wartawan Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad (KAM,Khairul) telah meraih Anugerah Penulisan Rencana Terbaik pada Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil kali ke 25 yang dilangsungkan disebuah hotel disini semalam.
Tulisan Khairul bertajuk 'Warisan Sejarah 100 Tahun Bakal DiMusnahkan' dipilih sebagai pemenang tempat ketiga oleh Panel Juri.
Rencana yang mengisahkan tentang sederetan rumah kedai di kampung Cina Kuala Terengganu kini telah dimusnahkan oleh kerajaan Umno/BN pada tahun 2009.
(Gambar - Khairul menerima anugerah berupa wang tunai RM750 dan sijil penyertaan dari Exco Negeri Terengganu Yahya Khatib Ali, yang diiringi oleh Fatimah Merican, Pengarah Urusan Perniagaan Subsidiari Exxon-Mobil Malaysia)
Turut dijemput dan hadir pada majlis tersebut adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali dan YB Dato' Tengku Hassan Tengku Omar ADUN Ladang.

Ulasan