05 Februari 2011

Empat demonstrasi solidariti bersama kebangkitan rakyat Mesir


http://buletinonline.net/images/stories/berita40/demomesirtrg.jpgKUALA TERENGGANU - Empat domonstrasi di empat lokasi berasingan diadakan di negeri Terengganu bagi menunjukkan sokongan kepada kebangkitan rakyat Mesir

Di Masjid Titian Baru, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia, bersama-sama jutaan rakyat seluruh Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir Kaherah

"Marilah kita bersama dengan saudara-saudara kita (di Mesir) yang telah syahid, yang luka dan yang sedang menunggu gilirannya untuk meneruskan perjuangan,"katanya ketika berucap dalam demonstrasi aman tersebut

Di Kuala Nerus, demonstrasi secara aman bermula sebaik sahaja jamaah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Taqwa. Pekan Batu Enam.

Wakil Dwan Pemuda PAS negeri Terengganu, Hishamudin Abdul Karim mengajak umat Islam supaya menjatuhkan rejim yang zalim bukan sahaja di Mesir malah dimana-mana negara jua.

Tiada ulasan:

Perang Ahzab Melakar Sejarah Dan Cerminan Hari Ini

 Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor Ramadhan pantas berlari , memecut semahunya tanpa menoleh sedetik pun kebelakang. Kita masih terkial-kial untuk...