Hanafiah cabar kerajaan Terengganu laksanakan Hudud

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/hanafiah.JPGChukai, KEMAMAN - Penolong Setiausaha PAS Terengganu mencabar kerajaan negeri Terengganu yang diketuai oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas percakapan Ahmad disebuah sekolah disini baru-baru ini, yang menuduh PAS mengamalkan fahaman sekular kerana menghantar anak-anak ahli mereka ke sekolah kebangsaan.

Terdahulu, Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai menolak dakwaan Ahmad yang menuduh PAS adalah parti ajaran sesat.

Katanya,Ahmad Said berceramah di dua tiga tempat mengatakan PAS ajaran sesat, tetapi apabila diajak untuk berdebat bagi menentukan kebenaran, Umno menolak pelawaan PAS.

"PAS berbalah dengan Umno kerana aqidah, MB Terengganu berceramah mengatakan PAS Parti ajaran sesat, tetapi bila kita ajak berdebat, dia tak mahu berdebat,"tegasnya

Beliau mengingatkan kembali seluruh rakyat Terengganu bahawa Ahmad Said lah yang telah meruntuhkan masjid Kampung Bujal.

Menurutnya, ketika pemerintahan PAS Terengganu, PAS yang telah meletakkan al-Quran dan as-Sunnah dan Imak serta qias sebagai hukum tertinggi kerajaan Terengganu.

"Saya cabar Ahmad Said melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri,"katanya ketika berucap di majlis penerangan di Kampung Tuan, disini, Selasa 14 Februari

Katanya, undang-undang tersebut juga telah direstui oleh al-Sultan negeri Terengganu dan diwartakan

Namun apabila Umno dan Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004 undang-undang tersebut tidak dikuatkuasa.

Turut menyampaikan ucapan adalah ADUN Sura yang juga Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramly dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Presiden ANAK, Mazlan Aliman

Ulasan