Kerajaan tidak cakna kebajikan anak yatim


http://buletinonline.net/images/stories/berita42/raianakyatim2.JPG-sudah tiba masnya PAS Ganti Umno
KUALA TERENGGANU - Anggota Muslimat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, khususnya cawangan Gong Tok Nasek telah mengambil inisiatif memperkasakan kegiatan mereka dalam persiapan sayap kiri PAS itu merealisasikan 'PAS Ganti Umno'

Atas usaha dan sokongan orang ramai, Majlis Meraikan Anak-anak Yatim sempena sambutan Maulid ar-Rasul telah berjaya diadakan pada Jumaat 18 Februari.

Ketua Dewan Muslimat DUN tersebut, Puan Nafisah Muda (gambar bawah)mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas kecaknaan dan prihatin Muslimat cawangan Gong Tok Nasek kerana menganjurkan Majlis berkenaan.

"Bila buat program begini, barylah kita nampak, rupanya ramai anak-anak yatim dalam kampung kita, AlhamduliLlah, saya mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada cawangan Gong Tok Nasek,"ujarnya ketika berucap dalam majlis itu.

Menurutnya, mengambil berat terhadap anak-anak yatim merupakan merupakan ajaran dalam Islam dan mungkin dikalangan mereka akan menjadi pemimpin suatu hari nanti, sebagaimana Nabi Muhammad yang juga seorang anak yatim.

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/mapisah.JPGSehubungan itu, Ketua Muslimat Cawangan Gong Tok Nasek, Puan Rohayah Abdul Aziz berkata program tersebut adalah merupakan usaha jawatankuasanya bagi mengurangkan beban dan memberi sedikit keceriaan kepada anak-anak yatim tersebut.

"Mereka yang diraikan pada Majlis ini tidak menerima apa-apa bantuan dari kerajaan, samada kerajaan negeri atau pun kerajaan Pusat,

"jadi, kami berharap (dengan majlis ini) dapat memberikan sedikit keceriaan dan membantu mereka dengan memberi sedikit wang saku untuk menampung belanja persekolahan,"katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sejak memimpin Muslimat cawangan baru-baru ini, beliau telah membuat semakan tentang jumlah anak-anak yatim yang ada di dalam kampung.

Beliau amat terkejut, apabila mengetahui kerajaan negeri yang diterajui Umno tisak ambil peduli tentang anak-anak yatim tersebut.

"jumlah mereka (anak yatim) ramai, yang hadir ini adalah berumur 17 tahun ke bawah sahaja, kerajaan tidak ambil peduli, sedangkan bajet setiap tahun berbilion ringgit,"katanya dengan nada kesal.

Oleh itu, katanya, ia adalah masa yang terbaik untuk 'PAS ganti Umno', supaya anak-anak yatim yang ramai itu dapat diberi pembelaan.

Seramai 32 orang anak yatim bersama ibu mereka diraikan dan dijamu dengan makan malam disebuah hotel di bandaraya ini.

Ulasan