'Pakar Laut' PAS bantu usaha mencari dan menyelamat


http://buletinonline.net/images/stories/berita39/roslirimau.jpg- Operasi mencari adik Zainal Ikmal diteruskan (Kemaskini 2am 9 Feb)
Chukai, KEMAMAN
- Operasi mencari dan menyelamat adik Zainal Ikmal Abdullah, 12, yang dikhuatiri lemas di pantai Geliga disini sejak Jumaat 4 Februari lalu, masih diteruskan.

Majlis Tindakan DUN Chukai dengan kerjasama dan sokongan para petugas dari Cawangan-cawangan PAS bertungkus lumus membantu pihak keselamatan dalam usaha tersebut.

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata selain dari usaha secara fizikal, usaha 'rohaniah' dengan mendirikan solat hajat dan bacaan Yassin turut dilaksanakan.

"Hari ini adalah hari ke 4 sejak adik Zainal Ikmal hilang Jumaat lalu, pihak bomba dan penyelamat meneruskan operasi 'search and rescue'.

(Gambar kiri - Dzulkifli Mohd Nor (Rosli Rimau) menggunakan teropong mengawasi pasukan penyelamat sambil memerhati sekiranya Zainal Ikmal masih terapung di laut)

"dan pihak MTD Chukai telah memberi bantuan sejak hari pertama, sebaik mendengar kejadian,"ujar Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, ketika dihubungi Buletinonline.

Menurutnya pada hari pertama kejadian pihak MTD Chukai telah membekalkan kanopi, lampu limpah dan sebuah bot 'fiber', bagi memudahkan pihak keselamatan menjalankan tugas.

Katanya selain dari usaha secara fizikal, usaha 'rohaniah' secara bermunajat kepada dengan mendirikan solat hajat dan bacaan Yassin turut diadakan.
http://buletinonline.net/images/stories/berita39/lemaschukai.jpg
"Pihak MTD Chukai telah mengadakan dua kali solat hajat memohon pertolongan dari Allah SWT, kali pertama di tempat kejadian ditepi pantai dan kali kedua di Kampung Jaya, AlhamduliLlah, muslimat juga mengadakan bacaan Yassin di rumah ibu mangsa, Azizah Yahya, 46,"katanya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu bersyukur kerana ada dikalangan ahli PAS yang mahir selok belok dan fitrah laut dan boleh dianggap sebagai 'pakar laut'.

Katanya, saudara Dzulkifli Mohd Nor atau dikenali dengan panggilan 'Rosli Rimau' banyak membantu pasukan Bomba dan Penyelamat dalam memberikan nasihat tentang arus dan pasang surut air laut.

"Saudara Rosli (Dzulkifli) terus berada di lokasi kejadian, beliau mahir pasal laut, banyak memberi pandangan dan nasihat kepada pasukan Bomba dan Penyelamat,"terang Haji Hanafiah.

Namun begitu, sehingga berita ini ditulis, pagi Rabu 9 Fenruari, adik Zainal Ikmal masih ditemui.

Pihak Bomba dan Penyelamat, kata Haji Hanafiah telah menyambung tugasan dan memberi masa dua hari lagi dalam usaha mencari Zainal Ikmal, samada hidup atau sebaliknya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/lemaschukai1.jpgJusteru itu, satu pasukan yang dianggotai oleh pemuda cawangan Geliga telah membuat gerakan mencari dengan berjalan kaki mengikut pantai sehingga ke Kampung Sungai Ular, di negeri Pahang.

"Kita masih berdoa dan berharap adik Zainal dijumpai, kita tunggu khabar daripada pasukan berjalan kaki pemuda PAS Geliga, InsyaAllah,"kata Haji Hanafiah

Jumaat lalu kira-kira jam 4.40 petang, Zainal Ikmal 12 tahun ditarik ombak deras ketika sedang leka bermain pasir bersama dua sepupunya, Mohd Adzim Shakirin Azhar, 12, dan Mohd Azrafiq Shazrin Azhar, 10,di pantai Kampung Geliga Baru lebih kurang 300 meter dari rumah mereka.
Ombak setinggi 2 meter telah menghanyutkan Zainal 100 meter ke tengah laut, ketika abangnya Mohd Shahidil Farhan Hassan, 24, terjun ke laut untuk menyelamatkannya, sebaik diberitahu tentang kejadian tersebut.

Malangnya, Mohd Shahidil hanya mampu melihat adiknya tenggelam timbul, dalam air bergelora, apabila beliau sendiri hampir lemas setelah berenang sejauh 50 meter.

Ulasan