'Parkir Mad Said' Lawan 'Parkir Guan Eng'

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/parkirlawanparkira.gifKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said pada 4 Februari lalu telah merasmikan dan melancarkan dua buah bangunan 'kerangka besi', setiap satu setinggi empat tingkat yang dipanggil sebagai 'sistem parkir automatik bertingkat' mengaplikasikan kaedah putaran (rotary type) menelan kos RM9.8 juta.

Di Jalan Tuku atau Jalan Bank, Pulau Pinang, kira-kira tiga minggu lalu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng telah merasmikan sebuah bangunan 'konkrit dan simen' parkir bertingkat juga dengan kos RM9.8 juta.

Kebetulan bukan? Kos yang sama? dan jumlah unit kenderaan yang boleh dimuatkan dalam satu-satu masa juga hampir sama.

'Parkir Ahmad Said' boleh menampung sebanyak 232 buah kereta manakala 'parkir Guan Eng' boleh memuatkan 204 buah kereta dengan kapisiti penuh.

Ahmad, ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dalam sidang DUN Disember lalu berkata, langkah kerajaan Umno dan Barisan Nasional membangunkan parkir bertingkat itu adalah kerana tanah terhad dan mahal di Bandaraya Kuala Terengganu.

Namun secara perbandingannya, pasti tanah di Pulau Pinang lebih mahal dan terhad berbanding Kuala Terengganu.

Walaupun demikian, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dapat menyiapkan bukan sahaja 'kerangka besi' tetapi bangunan yang dilengkapi dengan ruang niaga dan pejabat.

Ulasan