PAS akan Ganti Umno di Teluk Pasu


http://buletinonline.net/images/stories/berita42/ustridzuanhashim.jpgKUALA NERUS – Majlis Tindakan DUN Teluk Pasu yakin dengan semangat para petugasnya, disokong dengan peningkatan pengundi muda dan bantahan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional akan menjadikan hasrat PAS Ganti Umno menjadi kenyataan.

”Secara keseluruhanya ,kita tengok Alhamdulilahlah, kerana jentera kita bersemangat. Kita berharap dengan jumlah kehadiran mencecah seribu orang akan memberikan satu  suntikan yang baru,”ujar Timbalan Pengerusi MTD Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim. ketika ditemui selepas pelancaran jentera DUN Khamis 17 Februari.

Menurutnya, pihaknya sudah mengenalpasti sebab-sebab kekalahan sebanyak 400 undi pada pilihnaraya ke-12 tahun 2008.

”kita dah kenal pasti berdasarkan culaan yang kita buat atas daftar pemilik yang baru dan usaha kita menambahkan jumlah undi yang besar  dari kalangan pengundi-pengundi yang muda,

”pengundi orang muda masih bersama dengan kita (berdasarkan sambutan) kita mengadadakan HIMPIT, baru-baru ini,”jelasnya.

Selain itu, katanya, tindakan kerajaan melaksanakan projek pembangunan tanpa merundingkan terlebih dahulu telah menimbulkan kesusahan kepada orang kampung.

Oleh itu, orang kampung khususnya  Kampung Banggol Donas tidak puas hati dan menganggap kerajaan Umno-BN telah merampas tanah mereka.

Justeru, menurutnya, beliau yakin PAS akan menggantikan Umno di DUN Teluk Pasu selepas pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

”Saya yakin, saya letak 80% keyakinan, InsyaAllah kita (PAS) akan menang,”tugasnya.

Menurutnya, 52% daripada jumlah pengundi DUN Teluk Pasu kini adalah dikalangan pengundi muda.

Kekalahan pada PRU ke-12 adalah kerana sokongan pengundi warga emas dari saluran 1, saluran 2, 3 dan 4 mencatatkan undi memihak kepada PAS.

Ulasan