PAS Terengganu beralih, membantu DUN Kerdau


http://buletinonline.net/images/stories/berita41/kerdau1.jpgKUALA TERENGGANU - Jentera Terengganu di arah membantu jentera pilihanraya PAS negeri Pahang dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan negeri Kerdau yang akan diadakan pada tarikh yang sama dengan PRK DUN Merlimau Melaka

Menurut Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, beliau menerima arahan tersebut dari PAS Pusat pada petang semalam, Sabtu 19  Februari, berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang menetapkan kedua-dua pilihanraya Merlimau dan Kerdau dijalankan serentak.

"Jentera Terengganu diarahkan untuk membantu PRK DUN Kerdau sahaja,"ujarnya melalui pesanan ringkas (SMS) yang diterima Buletinonline lewat petang Ahad, 20 Februari.

Penghantaran petugas secara rasminya, menurut Ariffin, adalah sebagaimana cadangan  PAS bagi membantu PRK DUN Merlimau.

"Terengganu diarah ke Kerdau membantu UPU Lipat kajang yang mempunyai 445 orang pengundi dan juga dan UPU Desa Murni seramai 1361 pengundi,"ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, UPU yang diamanahkan kepada PAS Terengganu itu  terletak di sebelah kanan kira-kira 2 kilometer selepas tol Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur.

"selepas tol Temerloh  belok kanan (lebih kurang) 2 km masuk UPU yg kita jaga, Yang DiPertua kawsan tersebut (Kuala Krau) ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, dan kebanyakkan penduduk disini kerja kampung,"kata Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu, selepas membuat ke kawasan berkenaan, semalam.

>> Bagaimana ke Kerdau dari Kuala Terengganu - klik sini

Ulasan