PRK Kerdau; Banyak masalah masyarakat yang diabaikan oleh Umno-BN

TEMERLOH - Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya DUN Kerdau akan bertemu semua pengundi dan merauu mereka untuk mengundi PAS.

Sekiranya diberikan mandat dan menang dalam pilihanraya itu, beliau akan menjadi 'jurubicara' rakyat bagi menangani terlalu banyak masalah yang telah diabaikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

"Sebenarnya terlalu banyak masalah masyarakat yang telah diabaikan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk sekian lama, kalau kita 'refleks', pilihanraya kecil pernah berlaku di DUN Sanggang pada waktu itu, Umno dan BN hanya datang dengan pelbagai janji dan pulang,

"sebagai parti pembangkang dalam pilihanraya kecil (sekiranya saya dipilih) saya berhasrat untuk menjadi jurubicara kepada masyarakat,"ujar calon PAS Hasanuddin Salim ketika di temui media 

Menurutnya antara masalah yang dihadapi oleh penduduk umpamanya di Desa Murni, tiada tanah penempatan untuk generasi kedua tinggal dan mereka terpaksa menumpang hidup dalam keluarga masing-masing

Selain itu, Hasanuddin menyifatkan kerajaan Umno tidak bertanggung jawab membiarkan projek rumah awam kos rendah terbengkalai sekian lama, tetapi mengumumkan peruntukan untuk membaik pulih apabila tiba-tiba pilihanraya kecil


Ulasan