Bajet RM2 bilion gagal tingkatkan kemudahan asas rakyat

KUALA TERENGGANU - Kemudahan prasarana, infrasturktur asas di seluruh negeri Terengganu terutamanya perparitan dan longkang-longkang perlu dipertingkatkan sebagai kemudahan kepada rakyat bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada rakyat, bukannya kepada perkara-perkara lain yang kurang bermanfaat kepada rakyat

(Gambar - banjir kilat di Kampung Pak Tuyu, Kuala Nerus, kerana tiada saliran dan perparitan)

"Infrastruktur yang ada di negeri Terengganu ini, perlu dipertingkatkan, kita sudah banyak kali sebut kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN), tumpuan kepada negeri Terengganu ini sepatutnya kepada rakyat,"ujarnya kepada pihak media selepas Majlis Ceramah di Kualai Ibai, semalam 29 Mac.

Malangnya, menurut beliau, kerajaan Umno dan Barisan Nasional dibawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said gagal memberi penumpuan bagi memenuhi keperluan rakyat

"Bukan (tumpuan) menjaganya zoo nya di Kemaman, menjaga kepentingan projek-projek untuk kroni-kroni di Besut, di Kuala Terengganu di Kuala Berang dan sebagainya, tetapi memberikan tumpuan untuk kepentingan rakyat,

"sebab itu kita (PAS) menekankan hal ini dari awal lagi, bahawa apa yang berlaku di negeri Terengganu, kalau dulu banjir di kawasan 'air port', kia telah pun menegaskan bahawa perlu diberi tumpuan cari jalan penyelesaian,"tegasnya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Ahmad Said tidak dapat memberikan pekhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri Terengganu.

Katanya, kerajaan Umno juga gagal menggunakan bajet RM2 bilion setiap tahun, yang merupakan bajet tertinggi diantara negeri-negeri Semenanjung, bagi menyelesaikan masalah asas rakyat.

"Apa yang berlaku sehari dua ini (banjir) menunjukkan kegagalan kepimpinan YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' (Seri) Ahmad Said yang tidak dapat memberikan suatu perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,

"dan gagal menggunakan Bajet lebih RM2 bilion setiap tahun, paling tinggi di Semenanjung Malaysia, tetapi gagal untuk menyelesaikan masalah 'basic' dati segi penyelesaian longkang-longkang dan perparitan disleuruh negeri,"tambahnya

Ulasan