Banjir; 1,364 Mangsa Masih Berada Di Pusat Pemindahan

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di negeri Terengganu meningkat kepada 1, 364 orang melibatkan 347 keluarga telah dipindahkan kepada 13 pusat pemindahan sehingga pukul 12.00 malam Selasa 30 Mac.

Laman kenyataan banjir negeri mencatatkan seramai 424 orang mangsa di enam pusat pemindahan Marang, 648 orang di tiga pusat Kemaman dan 292 orang di empat pusat pemindahan Dungun.

Manakala semua 226 mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu daripada 52 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal di sini, telah pulang ke rumah masing-masing dan pusat pemindahan ditutup petang tadi.


Dilaporkan, seramai 1,400 murid juga tidak dapat ke sekolah di daerah Hulu Terengganu apabila sembilan buah sekolah ditutup di daerah itu dan dua buah sekolah di daerah Besut melibatkan 700 murid.


Berita sebelumnya ; Banjir di beberapa kawasan; lebih 800 dipindahkan

KUALA TERENGGANU
- Hujan lebat yang berterusan sejak Isnin malam menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman dinaiki air.

Sebanyak 10 pusat pemindahan telah dibuka di seluruh negeri, dengan seramai 893 orang mangsa banjir dipindahkan kepusat-pusat tersebut.

Di Kuala Nerus, Taman Murni Tok Jembal dan Taman Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, terus dinaiki air sejak beberapa hari lalu, akibat masalah perparitan.

Tinjauan Buletinonline di Taman Murni mendapati, air tidak mengalir walaupun terdapat longkang besar di senelah kiri taman perumahan tersebut.

Manakala di Pusu Tiga,  28 buah rumah di kawasan tersebut masih digenangi banjir, umpama 'pasang surut air pantai' sejak beberapa kali sejak 25 mac lalu.(Gambar kiri)

Di Kuala Terengganu, dilaporkan banjir kilat turut berlaku dibeberapa kawasan sekitar bandaraya itu

Selain Taman Perumahan Cerong Lanjut, turut di landa banjir kilat adalah Taman perumahan berhampiran Mengadang Akar dan Rumah Kos Rendah Bukit Kecil.

Jalan Sultan Omar berhampiran stesyen minyak Petronas ditutp kepada lalu lintas, Selasa pagi kerana dinaiki air sedalam 3 kaki.

Manakala Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di KM14 di Kampung Bukit Payong ditutup kepada kenderaan ringan apabila ditenggelami air sedalam 0.75 meter sejak awal pagi ini.

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/banjirlongkangtamanmurni.jpgAgensi Bernama melaporkan, sebanyak 4 pusat pemindahan dibuka di Kemaman dengan 175 orang mangsa banjir dari 33 keluarga
Di Marang 3 pusat dibuka dengan 31 mangsa daripada 13 keluarga di pindahkan ke Sekolah Kebangsaan Marang dan Balairaya Kampung Kubu.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, seramai 200 orang dari 41 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, mangsa banjir dari Taman Murni Tok Jembal mula dipindahkan pada pukul 4 pagi apabila air naik secara mendadak.

(Gambar kanan - Longkang di Taman Murni yang tidak mengalir, kerana tersumbat)

Jurucakap itu berkata hujan yang turun agak luar biasa dan Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran peringkat kuning iaitu ribut petir dan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang..

Di Kuala Lumpur, Jabatan Meteorologi dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 11 pagi ini berkata hujan lebat di beberapa kawasan di Terengganu, Kedah dan Perlis akan berterusan sehingga Rabu.

Antara daerah yang dijangka terlibat di negeri Terengganu ialah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman

Keadaan itu juga, menurut Jabatan tersebut, dijangka berterusan sehingga esok dan boleh menyebabkan banjir kilat dan banjir di kawasan rendah terutama tebing sungai.

Ulasan