07 Mac 2011

BN gagal lonjakkan Undi, walaupun guna jentera kerajaan secara melampau

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/ariffinderamanfeb2011.jpgKUALA TERENGGANU - Peningkatan sekitar 1000 undi dalam satu-satu pilihanraya kecil (PRK) adalah suatu kebiasaan dan adalah tidak tepat dijadikan sebagai satu kayu pengukur menentukan kembalinya sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional(BN)

Bahkan, menurut Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Umno-BN gagal melonjakkan undi sehingga 2000 walaupun telah menggunakan jentera kerajaan secara 'melampau' dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

"Tidak ada pukulan maut, kerana perjalanan pilihanraya kecil Kerdau jika dibuat perbandingan hampir sama dengan pilihanraya kecil Ijok, Najib (Perdana Menteri) tidak boleh menyimpulkan kemenangan di Kerdau sebagai kembalinya sokongan rakyat kepada Umno-BN,"ujarnya ketika dihubungi

Beliau berkata demikian mengulas perjalanan PRK Kerdau yang memihak kepada BN dengan majoriti 2,724 meningkat sekitar seribu undi daripada keputusan pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...