- Angin perubahan bergerak ke Utara setelah berjaya di Selatan
KUALA TERENGGANU - 'Angin perubahan yang bertiup' bersama kebangkitan rakyat akan membawa program 'PAS Ganti Umno' ke sempadan negeri Kelantan setelah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.
PAS Terengganu akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kali Kedua yang akan di adakan di bandar Jerteh, dalam kawasan Parlimen Besut pada 18 dan 19 Mac ini.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, ia adalah antara usaha PAS yang berhasrat untuk kembali memerintah negeri Terengganu sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-11 tahun 2004.
Dato' Ustaz Harun Taib berkata, bagi tujuan itu, PAS Terengganu terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat.
‘‘Kita berhasrat dan memang berniat untuk merampas semula negeri Terengganu, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang dijalankan sejak tahun 2004 hingga 2008 , dan 2008 hingga sekarang,
"jadi oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menggempur (menawan) hati pengundi, kita nampak mengikut program PAS Pusat ada satu program yang amat menarik iaitu "PAS Ganti Umno","katanya pada sidang media selepas mesyuarat politik di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu, Khamis 10 Mac.
Menurutnya, kejayaan Himpunan PGU kali pertama menyebabkan Umno 'tergamam' dan tidak dapat berkata-kata apabila melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun menyokong PAS.
"Setelah kita buat ini (PGU Kali Pertama) kita gempur Umno untuk kita lihat reaksi dia, tetapi dia senyap (tergamam) tidak (dapat) berkata apa-apa, tak ada jawapan dari Umno, sebab itu kita kena buat ke sempadan Kelantan, kita rasa disini kita boleh gempur (Umno) sekali lagi,"katanya
Justeru, katanya, PAS akan melengkapkan pusingan membawa kebangkitan rakyat ke seluruh negeri Terengganu dengan menamatkan program PGU sebelum pilihanraya umum yang ke 13.
"Saya lihat ada kebenaran (tentang kebangkitan rakyat) dalam keadaan politik negara yang tidak menentu, (dulu di Selatan) kita akan buat di Utara termasuk Besut dan Setiu, kita bercita-cita untuk buat (Himpunan PGU) diperingkat Tengah pula, sebagai penyudah atau penamat yang mungkin akan sampai kepada garis (tarikh) pilihanraya (umum) yang akan datang,"tegasnya
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ustaz Abu bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut serta Setiausaha Perhubungan PAS, haji Yahaya Ali

Ulasan