KUALA TERENGGANU - Seorang lagi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat' , Mohd Hassan Husin, 49, dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung yang membuat laporan polis terhadap sebuah pengendali laman web “darul ehsan today” yang memaparkan gambarnya sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, 12 Mac lalu.
Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan.
Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan.
Mohd Hassan mendakwa malu dengan fitnah yang tidak berasas itu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan gambar pada laporan berita tidak benar.
Katanya, dengan tersebar luas berita dan gambar tersebut telah menjejaskan reputasi serta dipandang serong oleh masyarakat umum.
“Ini memalukan saya, dengan mereka meletakkan gambar saya pada laporan berita yang ditangkap kerana kesalahan khalwat itu.
“Orang ramai yang mengenali saya akan membuat andaian bahawa saya yang terlibat dengan kesalahan tidak bermoral dan dipandang serong oleh masyarakat,” jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut.
Beliau mahu pihak polis segera menyiasat bagaimana gambar tersebut dirakam dan diperolehi oleh pihak pengendali laman web berkenaan.
Menurut Mohd Hassan, laporan berita berunsur fitnah itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung dan dirinya dengan PAS.
“Gambar saya itu diambil ketika program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak, 12 Mac lalu. Saya hanya duduk suka-suka sahaja di atas sebuah motosikal.
“Jadi dia guna gambar ini seolah-olah orang yang ditangkap khalwat itu adalah saya. Nama saya sebenarnya, Mohd Hassan Husin, 49, dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang ditangkap berkhalwat (Mohd Din Jusoh) itu yang berusia 52 tahun.
“Saya tinggal di Kampung Gemuruh sedangkan suspek sebenar (Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung,” ujarnya.
Ulasan