Pasca PRK Kerdau; Dua Wajah Berbeza

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/muzammilmuaalif1a.jpg- Muzammil Muaalif ketika masuk PAS dan masuk semula Umno
KUALA TERENGGANU - Ketika menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS, bekas Ketua Cawangan Umno Jengka 25 kelihatan begitu ceria dan yakin, pilihannnya untuk masuk PAS adalah hak asasi peribadi dalam sebuah negara demokrasi

Namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukanlah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi, sebaliknya bertndak secara 'kuku besi' yang mencengkam dan memanupulasi.



Oleh kerana majlis pengisytiharan keluar Umno itu berlaku pada waktu malam 1hb Mac, PAS mengumumkanya secara rasmi dalam sidang media hariannya 2 Mac untuk memberikan ruang yang seluasnya kepada media membuat liputan.

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/muzammilmuaalif1.jpgCengkaman Umno dan BN terhadap media begitu jelas kerana tidak ada satu pun media aliran perdana berbahasa Melayu yang mengeluarkan 'berita benar; Muzammil Muaalif masuk PAS bersama 11 orang yang lain, kecuali Sinar Harian.

Umno tidak dapat menerima kenyataan tersebut bahkan Ketua Pemuda Umno Kuala Krau, Wan Salman Wan Ismail menafikan sebagaimana dilaporkan Laman berita internet, Free Malaysia Today keseesokannya

Entah apa yang dilakukan oleh Umno dan BN melalui agensinya sehingga Muzammil terpaksa membuat pusingan 'U' masuk semula ke dalam Umno dengan membaca teks yang telah disediakan.

Teks tersebut berada dalam tangan Muzammil ketika gambarnya diambil bersama Ketua Pemuda Umno Peratang Pauh sejurus sebelum sidang media Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas program penyerahan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerlohhttp://buletinonline.net/images/stories/berita44/muzammilmuaalif2a.jpg

Wajah-wajah Muzammil yang dirakam ketika itu amat berbeza berbanding wajahnya sewaktu penyerahan borang masuk PAS kepada Presiden PAS, dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, selaku Naib Presiden PAS dan Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut bersama dirumah Muzammil ketika menerima borang keahlian Muzammil melihat ada sesuatu yang tidak kena.

Mengulas berita kemasukan semula Muzammil dalam Umnoi, Tuan Ibrahim berkata apa yang berlaku itu di luar kawalan parti yang sememangnya bergantung kepada keikhlasan setiap ahli.

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/muzammilmuaalif2.jpgKatanya, sewaktu Muzammil menyatakan hasratnya, PAS telah berbesar hati sehingga Presiden PAS sendiri telah ke rumahnya untuk menerima borang kemasukan beliau.

Tetapi katanya, beliau tidak menyangka keberanian Muzammil (menyertai PAS) hanya bertahan selama tiga hari sahaja.

"Perjuangan sebagai pembangkang di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pasti akan melului kesusahan dan keperitan dan tidak semua yang mampu menghadapi tekanan sebegitu demi rakyat dan agama," kata beliau.

Sehubungan itu kata Tuan Ibrahim perjuangan PAS khususnya di Kerdau akan tetap diteruskan tanpa Muzammil.

"Perjuangan membela rakyat tertindas dan kegagalan pengurusan dalam  Dun Kerdau merupakan agenda besar yang tidak akan terpadam dengan hanya seorang yang keluar semula menyertai PAS," kata beliau.




Ulasan