Umno-BN melakukan khianat dan fitnah

BESUT – PAS mengajak seluruh rakyat negeri ini bangkit melakukan perubahan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti dengan merampas pemerintahan negeri dan negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik berkata, amat salah bagi Umno kerana mahu berlawan dengan PAS kerana namanya PAS.

Sebaliknya kata beliau, PAS melawan Umno bukan kerana namanya Umno tetapi Umno adalah parti assobiyah yang menzalimi rakyat dan menyalahgunakan kuasa serta menghabiskan wang rakyat.

Beliau berkata demikian dalam seramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno di Jerteh, dekat sini Sabtu 19 Mac lalu.

Beliau mengingatkan para hadirin bahawa umat Islam diamanahkan oleh Allah sebagai pemimpin diatas mukabumi ini dan melarang melakukan khianat terhadap amanah.

Namun begitu, menurut Ustaz Abu Bakar yang juga Ahli Jawatnkuasa PAS Pusat, pemimpin Umno tidak melaksanakan amanah bahkan melakukan fitnah diatas mukabumi ini.

"Dulu zaman (Dato' Seri) Idris Jusoh buat Monsoon Cup main tiga hari belanja RM300 juta, RM100 juta satu hari, yang sedang berlaku sekarang (zaman) projek di Kenyir RM300juta, Dato' Ahmad Said buat apa, dia pergi tiap-tiap minggu ke Kenyir, tak ada orang tahu,"katanya menjelaskan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN Terengganu.

Beliau turut mendedahkan projek-projek bernilai ribuan juta ringgit telah diberi kepada kepada kroni Umno, Ahmad Zaki Resources Sdn Bhd antaranya pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur, Pembinaan Rumah PPRT bernilai RM130 juta, Pembinaan Hospital Bersalin dan Projek Hidro Kedua di Tasik Kenyir

Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Ulasan