30 April 2011

Batu Enam kekal kubu kuat PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/bulatan%20batu%20enam.jpgKUALA NERUS - Pekan Batu Enam, disini, mengekalkan status sebagai pekan yang menjai kubu kuat PAS apabila lawatan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak tidak disambut dengan kibaran bendera Umno ataupun Barisan Nasional (BN)

Walaupun banyak bendera Umno-BN dipasang disepanjang jalan Tengku Mizan, tetapi kibaran bendera itu terputus di Bulatan (gambar) dan sepanjang jalan dalam Pekan Batu Enam.


Percubaan pemuda Umno untuk memasang panji-panji Umno-BN di bulatan Bayu Enam juga dapat dihalang oleh para pemuda PAS Batu Enam.

Kali pertama pada kira-kira jam 12.30 pagi 30 April, sekumpulan Pemuda Umno dari Bukit Kampung Tunggal dilihat cuba memasang bendera di bulatan tersebut.

Sumber Buletinonline memberitahu, tindakan itu telah dihalang oleh sekumpulan 200 orang pemuda Batu Enam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/pekanbatu6.jpgTidak puas hati, kumpulan pemuda Umno Bukit Tunggal itu dilaporkan telah datang semula ke bulatan pada jam 4 pagi.

Namun, cubaan kali kedua tersebut juga gagal.

Dalam pada itu, perjumpaan tertutup lewat malam 29 April diantara Najib dengan semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen Terengganu dilaporkan tidak 'memberangsangkan'.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN tiba di Ri-yaz Heritage di Pulau Duyong, dekat sini pada kira-kira pukul 10.30 malam, dan perjumpaan itu berakhir pada kira-kira pukul 12 tengah malam.

Sumber Buletinonline memaklumkan, kekuatan Umno negeri Terengganu menjadi salah satu 'angka tunjuk dan isyarat' kepada Najib untuk membubarkan parlimen dan memanggil pilihanraya umum ke-13

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...