Pendidikan Islam benteng remaja dari kemusnahan moral - Cikgu Solah


http://buletinonline.net/images/stories/berita46/haripastibesut.JPGBESUT - Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut yang baru dilantik tidak perlu masa 'bertenang' untuk melaksanakan tugas-tugas menyambung kepimpinan dari sesi yang lalu.

Seusai mesyuarat agung PAS Besut, beliau telah menyertai rombongan 14 orang petugas PAS Besut menabur khidmat, membantu jentera kempen PAS Sarawak dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Dalam tempoh dua minggu,  Cikgu Shalahhudin Jaafar atau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Solah sudah ada jadual yang 'ketat' bagi merealisasikan cita-cita 'PAS Ganti Umno' (PGU) di kawasan parlimen terbabit.


Semalam, Sabtu 23 April, beliau merasmikan dua program penting bagi dua agensi PAS kawasan Besut itu PASTI dan KAWAN.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah menganjurkan sambutan Hari PASTI Kawasan yang diadakan di Dataran PGU di bandar Jerteh di sini.

Pelbagai acara berlangsung mengumpulkan seluruh PASTI kawasan Besut yang menjadi acara tahunan pusat pendidikan kanak-kanak pra-sekolah itu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/KAWAN%201.JPGManakala sebuah NGO yang baru ditubuhkan, Relawan Pendidik Rakyat (KAWAN) telah menganjurkan Seminar 'Keibubapaan' yang  diadakan di Dewan Haji Salleh, Alor Lontah.

Cikgu Solah yang juga Pengerusi KAWAN bagi Kawasan Besut berkata pendidikan Islam merupakan benteng bagi menyelamatkan para remaja Melayu Islam kini yang diserang oleh pelbagai 'wabak sosial' pada setiap hari.

"KAWAN bertujuan mengembleng tenaga-tenaga pendidik yang telah bersara untuk beri sumbangan dalam menangani masalah remaja kini. Remaja Melayu/ Islam ramai yang terjebak dengan segala kemusnahan moral makin meningkat,

"(ia) perlu perhatian dan tindakan semua pihak. KAWAN akan menganjurkan program-program mendekatkan remaja (dan) membimbing mereka ke arah jalan yg lebih baik,"ujarnya ketika ditemui.

Seramai 100 orang ibu bapa telah diberikan maklumat dan kesedaran oleh Dr Wan Zawawi, seorang pensyarah yang dijemput khas dari Institut Aminuddin Baki, Genting Highland - WAWA

Ulasan