PRN Sarawak; PAS diterima baik di Muara Tuang


http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/kontingenterengganu.jpgKUALA TERENGGANU - Kehadiran PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak yang sedang berlangsung kini, diterima baik oleh pelbagai kaum samada Melayu, Iban, Dayak mahu pun Cina.

Ia sekaligus menafikan dakwaan Taib Mahmud dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) bahawa parti politik dari Semenanjung ditolak oleh penduduk Sarawak.

(Gambar kiri - kontingen PAS Terengganu berjaya mengadakan majlis calon bersma penduduk Iban di Kampung Merang baru dan lama)

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/mslimatdungun.jpgPenasihat Kontingen PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata, sehingga Khamis 14 April, pelbagai kaum terbabit memberikan kerjasama baik malah ramai yang telah memberi persetujuan untuk mengundi calon PAS.

"Masyarakat Iban 70 peratus terima PAS, dalam semua rumah panjang yang di lawati di (daerah mengundi) Semarang, begitu juga (kaum) Iban yang tidak tinngal di rumah panjang 80 peratus menerima PAS,"katanya kepada Buletinonline.

(Gambar kanan - muslimat Dungun bertemu masyarakat Iban di Kampung Soh)

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/muslimatKTSeganam.jpgBeliau yang telah berkampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang sejak 5 April lalu turut mengesahkan kira-kira 60 peratus suku Dayak Bidayuh menolak BN.

Manakala, kata Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu, masyarakat Cina paling tinggi menolak BN iaitu kira-kira 80 peratus dari jumlah keseluruhan kaum itu dan Melayu paling sedikit.

(Gambar kiri - Muslimat Kuala Terengganu di Kampung Seganam, perkampungan Iban, 45 minit perjalanan dari Kota Samarahan)

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/muslimatknerus.JPG"80 peratus orang Cina menolak BN dan (daripada) orang Melayu (hanya) 50 peratus sahaja yang menolak BN,"jelasnya.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, isu yang paling menonjol adalah isu tanah.

(Gambar kanan- Muslimat Kuala Nerus di pinggir sungai Samarahan menuju ke Kampung Binyu)

Katanya, isu tanah dan yang berhubung kait dengannya adalah isu 'dominan' yang terdapat pada hampir keseluruhan kawasan dalam DUN Muara Tuang.

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/ibankgsuruit.jpg"Isunya, yang paling menonjol adalah isu tanah, samada tanah adat orang Iban (tanah NCR) atau tanah untuk tempat tinggal bagi kaum-kaum lain termasuk orang-orang Melayu di Kota Samarahan, khususnya di Kampung Tanjung Bundong dan persekitaran,"ujarnya ketika dihubungi.


(Gambar kiri - Ariffin, Haji Hanafiah dan Ustaz Wan Sukairi di Kampung Suruit, kampung paling jauh penempatan Iban)

Menurut Ariffin, sentimen yang paling 'panas' adalah kemarahan rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak paling lama dan paling kaya, Taib Mahmud.

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/ustidrishjhassantamandesailmu.jpgOleh itu, katanya, isu-isu sampingan lain turut menyumbang kepada 'kepanasan' cuaca pilihanraya Sarawak, termasuk isu bekalan air, jalanraya rosak dan tiada jalanraya dan kenaikan harga barang.

(Gambar kanan - Ustaz Idris Ahmad bersama Haji Hassan Salleh, dan petuga muslimin Kemaman berkempen di Taman Desa Ilmu)

PAS Terengganu di beri tanggungjawab melaksanakan aktiviti kempen di DUN Muara Tuang yang mengenengahkan seorang muslimat, Puan Noraini Hamzah sebagai calon.

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/DSC_0045.JPGNoraini atau Kak Ani menentang calon BN Dato' Ali Mahmud yang juga adik kepada Taib Mahmud.

DUN Muara Tuang adalah salah dari empat DUN dalam Parlimen Samarahan yang diwakili oleh anak Taib, Sulaiman.

(Gambar kiri - Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah bersama pemuda Kemaman berkempen di Merdang Gayam)

Menurut Ariffin, halangan terbesar PAS menang dalam DUN tersebut adalah undi pos dikalangan tentera yang berjumlah 3,800 orang.

Ulasan