Umno takut berdepan dengan PAS


http://buletinonline.net/images/stories/berita46/nuridahhimat.jpgMARANG - Himpunan Muslimat PAS negeri Terengganu (HIMAT) adalah amat penting untuk mengumpulkan para muslimat bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tidak berani meletakkan tarikh pilihanraya lebih awal kerana Uno dan Barisan Nasional takut untuk berdepan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Perdana Menteri Umno-BN tidak berani untukmenyataka awal bilakah tarikh PRU sebenarnya, ini (ia) adalah petunjuk jelas betapa sebenarnya kerdil dan takutnya mereka untuk bertemu (berdepan) dengan kita,"ujarnya.

Oleh itu, tegasnya, HIMAT menjadi medan rangsangan dan ingatan kepada semua muslimat dalam membuat persiapan menghadapi PRU-13.

Menurutnya, pemerintahan PAS Terengganu pada tahun 1999-2004, telah berjaya meletakkan hukum tertinggi al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias menjadi undang-undang tubuh kerajaan negeri Terengganu.

Tetapi malangnya, kata beliau, Umno-BN tidak mahu melaksanakan apa yang termaktub dalam perlembagaan negeri itu.

"Kejayaan yang telah dapat dilakukan oleh pemerintahan PAS di negeri Terengganu, iaitu (meletakkan al-Quran dan Sunnah) dalam perlembagaan negeri, tetapi Umno-BN dengan jelas terus menerus menentang kita,

"sebenarnya mereka langsung tidak mahu melaksanakan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan negeri itu,"tegasnya.

Justeru, katanya, ia menjadi hujjah yang kuat kepada para muslimat untuk menentang Umno-BN secara habis-habisan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya para muslimat meletakkan hanya Islam dan perjuangannya sebagai ketetapan dalam agenda kehidupan.

Ia adalah, katanya, bagi menjadikan khidupan diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya, sejahtera dan bahagia didunia dan akhirat

** Dengar ucapan Ustazah Nuridah di Buletinonline Radio

Ulasan