'Bohong' BN mengurangkan rezeki rakyat


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita48/ismail%20mamat.jpgKUALA NERUS - Kehidupan rakyat yang semakin hari semakin susah didakwa adalah disebabkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) selalu berbohong.

Ia adalah berdasarkan sabda RasuluLlah SAW yang bermaksud "bohong itu mengurangkan rezeki'

"antara hadis RasuluLlah SAW adalah 'al-kazib yunkisu al-rizko', Nabi bersabda (yang bermaksud) bohong mengurangkan rezeki,

"hari ini pemerintah Barisan Nasional banyak berbohong, banyak perkara yang kita dengar, banyak yang tidak betul,"jelas Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat


Menurutnya, kerajaan BN pernah berkata, harga barang-barang keperluan tidak akan naik, walaupun harga minyak naik, namun keadaan sebaliknya berlaku.

Bahkan, Menteri berkenaan, menurut beliau yang juga bekas ADUN Teluk Pasu, pernah berkata, harga minyak tidak akan naik, tetapi ia tetap naik harga.

"Satu ketika dia (kerajaan) kata, (harga) gula tidak naik, (harga) barang tidak naik, naik semacam, (Menteri kata) minyak tak naik, naik semacam,

"apa yang dijanjikan sudah tidak terlaksana, lebih-lebih (terutama) (apabila) dekat pilihanraya (samada kecil atau umum), (Umno-BN) bohong lagi,"katanya ketika berucap dalam Ceramah Isu Semasa yang didadakn di Kampung Petai Bubus, dekat sini, Ahad 22 Mei.

Sebelum itu, Ustaz Ismail menegaskan, kesempitan hidup rakyat pada hari ini juga oleh kerana kealpaan manusia kepada Allah SWT, Islam dan pemerintahan Islam.

Menurutnya, berdasarkan al-Quran, manusia-manusia yang lupa kepada Allah didunia akan sempit hidupnya didunia ini dan juga akhirat kelak.

[Dengar cermah Ustaz Ismail Mamat di Buletinonline Radio]

Ulasan