Masa depan Terengganu gagal sekiranya terus diperintah Umno/BN

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/hanafiahamindoaidris.jpgKEMAMAN - PAS mengucapkan terima kasih atas ucapan Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud dalam merasmikan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada Isnin 9 Mei.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, rancangan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan tingkap hidup rakyat yang dibentangkan dalam ucapan Tengku Sri Bendahara dalam ucapannya adalah amat baik.

Namun, katanya, perancangan tersebut tidak akan berjaya sekiranya dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

"Kita (PAS) ucap terima kasih atas ucapan Tengku Sri Bendahara dalam pembukaan sidang DUN hari ini, rancangan untuk meningkatkan pendapatan dan tingkat hidup rakyat Terengganu yang dicadangkan amat baik.

"Namun kita tidak yakin rancangan tersebut akan berjaya sekiranya dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan BN,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penerangan Isu Semasa di Kuala Kemaman, disini, semalam 9 Mei.

[Gambar - Hj Hanafiah mengaminkan doa Ustz Idris Ahmad, dikhir Majlis Penerangan semalam]

Beliau berkata demikian kerana menurutnya, kerajaan Umno/BN Terengganu telah membelanjakan RM10 bilion sejak mengambil alih dari pemerintahan PAS pada tahun 2004.

Tetapi, kata beliau, rakyat tidak menerima impak ekonomi yang besar dengan perbelanajaan sebanyak itu.

"sejak 5 tahun lalu kerajaan Umno/BN telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM10 bilion, tetapi tidak ada manfaat yang banyak kepada rakyat,

"jelas bahawa kerajaan Umno/BN dibawah pimpinan Idris dulu dan Ahmad Said sekarang melakukan pembaziran wang rakyat sebanyak RM10 bilion,"tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, sekiranya ia benar-benar dibelanjakan untuk projek-propjek ekonomi, sudah tentu rakyat mengecapi hasilnya, pengangguran dapat dikurangkan, dan pendapatan rakyat meningkat.

"Kalau dibelanjakan perbelanajaan RM10 bilion, setiap tahun RM2 bilion bajet kerajaan negeri, bina kilang-kilang bagi peluang pekerjaan, buka kawasan pertumbuhan baru bagi menjana ekonomi,

"pastinya setelah 5 tahun, rakyat Terengganu sudah senang,"jelasnya,

Sebaliknya, kata beliau, berjuta ringgit dibazirkan kerana kerajaan melaksanakan projek-projek yang tidak telus, runtuh dan  dan terbengkalai, menyebabkan rakyat rugi.

"umpamanya membina pasar baru jertih atau jertih souq, pasar baru Binjai, kedua-duanya tergendala dan terbengkalai, membeli bas-bas yang tidak dimanfaatkan untuk rakyat, membeli kereta-kereta baru untuk pemimpin Umno.

"Itu belum masuk wang rakyat berbilion ringgit yang dicurahkan kedalam muara sungai Terengganu untuk projek 'Monsoon Cup' dan Taman Tamadun Islam, yang masih rugi sehingga sekarang,"katanya.

Mengulas lanjut, Haji hanafiah berkata, kerajaan PAS di Terengganu dan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri-negeri sejak tahun 2008 telah berjaya membuktikan kecekapan dalam pengurusan dan pentadbiran.

"Tetapi kerajaan PAS (Terengganu) dulu (1999 - 2004) dan Pakatan Rakyat telah membuktikan mampu membawa pembangunan kepada negeri-negeri yang diperintah dengan kejayan-kejayaan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor."katanya lagi.

Oleh itu, PAS dan Pakatan Rakyat yang layak bagi melaksanakan pembangunan bagi negeri Terengganu sebagaimana dicadangkan.

"Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang insyaAllah mempunyai amanah, dan mampu melaksanakan pembangunanan yang dicadangkan untuk negeri Terengganu pad masa depan,"jelasnya.

Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menumbangkan umno/BN  pada pilihanraya umum ke-13 akan datang, supaya rancangan membangunkan Terengganu dengan kos berbilion ringgit itu dapat dilaksanakan oleh kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat

Ulasan