Umno guna 'cara baru' untuk tawan DUN Manir

HULU TERENGGANU - Umno yang 'kononnya' sedang beriya-iya untuk menawan DUN Manir daripada PAS telah melakukan pelbagai usaha termasuk membawa Presiden Umno Dato' Seri Najib Razak melawat DUN tersebut.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib mendedahkan, pada kedatanagn Ketua 'musuh PAS' itu, Umno menggunakan 'taktik' baru dalam usaha menawan DUN Manir.


"DUN Manir pada tahun ini, ketua 'musuh' mari sendiri, jentera Umno pada kedatangan Perdana Menteri, Presiden Umno dan (Pengerusi) Barisan Nasional nak bawa cara (taktik) baru,

"cara baru dia adalah membeli anak-anak muda dengan harga dua ratus ringgit keatas,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Peringkat DUN Manir, di Markaz tarbiyah Kubang Lembek, semalam Isnin 16 Mei.

Menurutnya, yang juga Penasihat Majlis Tindakan DUN Manir, PAS memang tidak mampu 'membeli' sebagaimana yang dilakukan oleh Umno, namun begitu, Umno juga bukan parti yang 'kaya' dan boleh membelanjakan wang begitu banyak.

Tetapi, beliau mendakwa, Umno telah menggunakan kewangan kerajaan yang diperuntukkan melalui pelbagai peruntukkan.

"Kita (PAS) ada duit tapi tak banyak, dia pun tak guna duit Umno (kerana sebenarnya) Umno miskin, tapi dia menggunakan duit kerajaan yang diperuntukkan melalui pelbagai peruntukkan, tapi digunakan untuk kepetingan Umno,"jelasnya.

Sehubungan itu, menurutnya lagi, Umno yang telah mendakwa DUN Manir 'dalam tangan' mereka ditentang dengan gagasan 'PAS Ganti Umno'

Oleh itu, kata Ustaz Harun, ketika Najib datang, beliau telah mengajak PAS menyertai Barisan Nasional dan keluar dari Pakatan Rakya kerana menurut Najib, PAS tidak mendapat apa-apa dalam Pakatan Rakyat.

Beliau telah menafikan dakwaan Najib kerana katanya, bersama Pakatan Rakyat, PAS telah dapat mengetuai negeri Perak dan Kedah serta mempertahankan negeri Kelantan.

Selain itu, katanya, PAS dapat bergerak bebas menyampaikan dakwah dimasjid-masjid lebih mudah dinegeri-negeri yang diperintah Pakatan rakyat berbanding negeri yang diperintah Umno-BN.

Ketua Dewan Ualamak PAS itu turut mendakwa, tindakan Najib mengajak PAS menyertai Barisan Nasional adalah mengulangi tindakan ayahnya, Allayarham Tun Razak.

Menurutnya, apabila Umno sudah kehilangan kawan-kawan sebelepas berlakunya peristiwa 13 Mei, 1969, Tun Razak telah mengajak PAS menyertai Umno.

"Umno hampir kehilangan kawan, MCA dan Gerakan hendak tingglkan Barisan, jadi Najib seseorangan, dia tak ingat (kepada parti) lain (hanya) ingat kepada PAS,

"macam arwah ayah dia dulu, bila berlaku 13 Mei, tak ada arah nak pergi, tak ada cara lain (kecuali) ajak PAS (bersama BN),"katanya.

Justeru, beliau bertegas, sekiranya Umno mahukan PAS menyertai Barisan Nasional, Umno perlu mengubah dasarnya terlebih dahulu kepada dasar Islam.

Ulasan

mohamad berkata…
aku rasa kita harus meningkatkan kewaspadaan. program kirta jika nak dibandingkan dengan tahun 1999 mat jauh sekali. macam-macam program kita atur. sekarang kenapa sejuk dan lesu. aku rasa dengan kebangkitan golongan muda, dato harun sepatutnya telah menyerahkan tugasnya kepada pelapis yang lebih muda, energetik dan dinamik. sebenarnya bukan ustaz harun seorang. yang lain-lain pun yang dah berusia spt ustaz abu bakar cik, dato mustaffa ali dan lain-lain yang pernah bertanding dan usia telah meningkat, minta tolong gostan lah. budak-budak muda kurang "pecah liur". jadilah penasihat. inilah jawatan yang sepatutnya dan sudah pasti ianya amat dihurmati.