Bukan DAP ganti PAS, tetapi............

......PAP ganti Umno di Singapura dan Gerakan ganti Umno di Pulau Pinang
KUALA NERUS
- Pemimpin Umno tidak cukup televisyen, radio dan surat khabar untuk 'mengarut dan mencacai' sehingga berceramah merata tempat bagi menipu rakyat dengan fitnah kononnya 'DAP akan ganti PAS'.

Fakta-fakta sejarah dan realiti politik semasa, langsung tidak menunjukkan angka-angka yang munasabah perkara tersebut berlaku.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, bagaimana DAP hendak menggantikan PAS dinegeri Terengganu sedangkan DAP tidak bertanding walaupun satu kerusi dalam pilihanraya.

Peringkat Persekutuan pula, katanya, DAP hanya bertanding 40 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

"Di Terengganu ni, satu kerusi pun DAP tak bertanding, dah nak ganti (PAS) macamana? Diperingkat Pusat, (di) parlimen ada 222 kerusi, DAP bertanding sekitar 40 kerusi sahaja, (kalau) menang semua pun baru 20%, dah macaman DAP nak ganti PAS??,"soal beliau.

Sebaliknya, menurut beliau, hakikat sejarah yang berlaku di negara ini, Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menggantikan Umno di Singapura dan Parti Gerakan telah menggantikan Umno di Pulau Pinang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, rakyat Malaysia mesti mengingati bahawa PAP telah menggantikan Umno di Singapura apabila pulau tersebut diserahkan kepada Lee Kuan Yew.

"Umno serah (Sungapura) bukan PAS serah kepada PAP, kena ingat sejarah ini, Umno yang menyerahkan sebuah pulau yang kaya kepada Lee Kuan Yew,

"PAP ganti Umno (di Singapura) baru betul, ada hujah ada bukti,"jelasnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan di Petai Bubus, dekat sini, Selasa 28 Jun.

Manakala di Pulau Pinang, Dr Alias berkata, pada pilihanraya tahun 1990 Umno telah memenangi 12 kerusi dan Parti Gerakan menang 6 kerusi, selebihnya dimenangi oleh DAP.

"Umno menang 12 kerusi, Gerakan menang 6 kerusi, tapi Umno serah kepada Lim Chong Eu daripada parti Gerakan (menjadi Ketua Menteri),

"Umno juga yang serahkan, (jadi) Gerakan ganti Umno,"ujarnya.

Justeru, tegas beliau, tidak ada kemungkinan dan mustahil DAP ganti PAS, tetapi Umno telah lakukan dimana  PAS telah ganti Umno di Singapura dan Parti Gerakan Ganti Umno di Pulau Pinang.

Ulasan