Gagal mengurus punca anak syarikat rugi

SETIU – Tindakan kerajaan negeri menjual syarikat berasaskan ayam TD Poultry Sdn Bhd disifatkan sebagai kegagalan Umno dan Barisan Nasional (BN) menguruskan anak-anak syarikat.

Menurut seorang pengusaha ternakan ayam, Aminuddin Umat, antara punca kerugian syarikat terbabit adalah kerana tidak cukup pengeluaran sedangkan permintaan ayam sentiasa tinggi di pasaran.

“syarikat berasaskan ayam lain untung, tapi anak syarikat negeri Terengganu rugi, bermakna gagal mengurus, pasaran ayam sentiasa ada, macamana ‘business’ kerajaan rugi, sedangkan swasta berjaya,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang pernah menjadi pembekal kepada syarikat tersebut berkata, para penternak tidak mahu membekalkan ayam kerana perjanjian yang berat sebelah.

Antara terma perjanjian yang merugikan pihak pembekal menurutnya adalah denda kematian yang tinggi dan deposit yang mesti dibuat atas keuntungan pada setiap pusingan.

Aminuddin yang juga Setiausaha PAS Kawasan Setiu turut menyenaraikan terma-terma merugikan seperti dibawah;

1. Yuran perkhidmatan sebanyak RM0.15/ekor kurang dari 5000 ekor dan RM0.30/ekor melebihi 5000 ekor.

2. Kos pengurusan seperti air, elektrik, gas, habuk gergaji, plastik hamparan dan kos upan tangkap ayam di tanggung oleh penternak.

3. Potongan ubatan dan vaksin yang tinggi ditanggung oleh penternak.

4. Bekalan anak ayam yang kurang kualiti, anak ayam betina lebih banyak berbanding dengan anak ayam jantan.

5. Harga makanan tidak menentu, ditanggung oleh penternak.

6. Harga anak ayam tidak menentu ditanggung oleh penternak.

7. Potongan kerugian yang lepas, potongan maksima setiap pusingan ditanggung oleh penternak.

8. Jenama makanan ayam sentiasa bertukar-tukar, merencatkan tumbesaran ayam, sekejap Gold Coin,

Ulasan