Himpunan Petani, Penternak & Nelayan

- Bantahan kepada tidak bertanggungjawab kerajaan
KUALA TERENGGANU
- Lujnah Pertanian PAS negeri Terengganu akan menganjurkan Himpunan Petani, Penternak dan Nelayan bagi Zon Utara negeri Terengganu pada 23 Julai depan di Kampung Bari, Setiu.

Pengerusi Lujnah Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata objektif himpunan tersebut akan memberikan tumpuan khusus kepada permasalahan yang dialami oleh kelompok terbabit.

Menurutnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kini tidak menunjukkan minat dan kesungguhan membantu rakyat yang terlibat dalam sektor pertanian itu.

"Tidak ada perancangan yang bersungguh oleh kerajaan negeri untuk membantu para petani (penterak dan nelayan) sejak mengambil alih pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004,

"kita perlu menyampaikan maklumat ini kepada mereka, kerana mereka mendengar banyak peruntukan (dari bajet) tetapi setakat ini (mereka) tidak memperolehi apa-apa,"ujarnya.

Katanya, beliau mendapat maklumat dari pihak Jabatan terlibat, sehingga kini, tidak ada peruntukan kewangan di daerah-daerah, bagi membaiki jentera, pengurusan dan bantuan input pertanian.

Oleh itu, menurutnya, para petani, penternak dan nelayan yang terkesan, telah memberikan isyarat untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

"Kita melihat keadaan sangat buruk, tidak ada tanggungjawab kerajaan terhadap petani (penternak dan nelayan), kita akan nak (menganjurkan) himpunan ini,

"kita diminta oleh mereka (untuk anjurkan), mereka (bersetuju) untuk hadir beramai-ramai bagi menunjukkan bantahan (terhadap kerajaan negeri),"jelasnya sidang media disini semalam.

Ulasan

mohamad berkata…
aku hanya bersetuju uastaz bakar chik kumpul petani, nelayan dan penternak baut masa ni sahaja untuk menyuara kepedihan golongan tersebut. sekiranya ada pilihanraya, aku harap ustaz bakar chik tidak akan disenaraikan bertanding kerana kalau bertanding juga, comfirm kalah pas. Ustaz bakar chik telah dipilih menjadi wakil rakyat dan menjadi exco potfolio berkenaan. malangnya tak ada apa yang telah dilakukan pada masa itu. cuma lawatan ke Australia. apa yang nak dipelajari disana? wallahuaklam. para nelayan tidak dihampiri, penternak dan petani susah nak jumpa. kita maklum pada masa itu duit royalti dirampas tetapi input pertanian, ternakan dan nelayan masih ada. pegawai dan pakar-pakar pertanian duduk rilex kerana tak ada satu program besar dianjurkan. sayur masih diangkut dari luar. akuakultur tidak digiatkan. ternakan hanya pada ayam saja boleh dibanggakan. tapi bukan usaha beliau. tolak campor ustaz bakar chik tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik. kita tak mau nanti golongan ini tidak terbela macam duduk bawah UMNO. mungkin ustaz bakar chik rasa puas hati, kita tak tahu. cuma yang kita tahu ustaz pun sama dapat kawasan balak atas nama orang lain. bukan tuduhan. yang menulis ni pun memang orang kerajaan dan penyokong PAS malah duduk bawah jawatan kuasa JKS. pada pilihanraya tahun ni akau harap benar ustaz bakar chik tidak menyebuk untuk bertanding. beliau boleh menjadi mentor dan penasihat saja. sekarang ni beri peluang kepada orang lain. semangat saja tak cukup. idea dan perancangan amat penting. kalau tidak orang akan bandingkan seperti satu masa dahulu ustaz bakar chik ni macam komputer kosong. komputer baru, tak ada program, kalau ada pun program game.