Itu jawapan JKKK bukan jawapan seorang Menteri Besar....

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak menyifatkan cakap Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said umpama cakap seorang Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Beliau berkata demikian ketika memberi komen kenyataan Ahmad yang berkata, pembinaan jalan Jeram - Bukit Guntong adalah dibawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kerajaan negeri tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana ia telah selesai.

"Sebenarnya JKR itu dibawah siapa, kan kita sebuah kerajaan, orang yang paling besar dalam negeri adalah Menteri Besar, orang yang paling besar dalam negara adalah Perdana Menteri,

"semua agensi kerajaan dibawah penguasaan Menteri Besar atau pun dibawah Perdana Menteri,"jelasnya.

Oleh itu, menurutnya, seorang Menteri Besar atau Perdana Menteri itu adalah dianggap pemimpin yang lemah sekiranya  tidak tahu apa yang berlaku dalam pentadbirannnya.

Katanya, jawapan yang diberikan berkenaan isu terbabit oleh Ahmad menunjukkan beliau tidak layak menjadi Menteri Besar.

Dr. Alias berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan laporan dan memorandum Pembinaan Jalan Jeram ke Bukit Guntong kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia disini Ahad 12 Jun.

Laporan kepada SPRM dibuat, katanya, kerana beberapa tindakan kerajaan dan pihak pemaju yang dianggap dan disyakki berlaku salah guna kuasa.

Antaranya, kata beliau, pihak pemaju melaksanakan kerja-kerja pembinaan sebelum jajaran jalan tersebut disahkan.

"penyerahan laporan (kerana) kerana disana beberapa perkara yang tidak betul berlaku, (antaranya) kontraktor membuat kerja sebelum (ia) disahkan jajarannya,

"dan belum dibuat perbincangan dan pembayaran kepada orang kampung (yang terbabit),"tegasnya.

Pada 11 Mei lalu, Menteri Besar Terengganu berkata kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap keputusan pembinaan Jalan Jeram ke Bukit Tunggal kerana ia telah diselesaikan oleh pihak JKR.

Ahmad berkata demikian ketika menolak memorandum yang dihantar oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol, Encik Salleh Embong.

Ulasan