Kabinet baru PAS Terengganu; Ruang untuk mengoptimumkan sumbangan

KUALA TERENGGANU - Seramai empat muka baru, termasuk seorang berkelulusan doktor falsafah, seorang doktor perubatan dan seorang gigi dilantik menganggotai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) bagi sesi 2011 - 2013.

Mereka terdiri daripada Dr Alias Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3, Mohd Shukrimun Shamsuddin yang diamanahkan sebagai Bendahari dan Dr Mohd Khazani Abdullah serta Dr Azman Ibrahim, masing-masing dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa.

Pesuruhjaya baru BPPNT, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan PAS Terengganu menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Menurutnya, pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan PAS Terengganu menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Namun begitu, orang lama PAS Terengganu tidak ditinggalkan dengan perlantikan bekas Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Haji Hussin Ismail, yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa

"Bagaimanapun, orang lama yang banyak berpengalaman juga diperlukan dan berada di belakang kami,"kata Haji Wahid sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat pertama badan tertinggi PAS Negeri Terengganu itu semalam Sabtu 18 Jun

Katanya mesyuarat turut mengambil keputusan melantik semula Presiden PAS Dato' Seri Tua Guru Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Sehubungan itu, Dr. Alias Razak yang juga ADUN Bukit Tunggal serta Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, agak terkejut dengan perlantikan itu dan tidak memberi sebarang komen.

Manakala Naib yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim (gambar atas, paling kiri) berkata perlantikan beliau sebagai anggota BPPNT memberi ruang kepadanya  mengoptimunkan sumbangan kepada parti di peringkat negeri.

Menurutnya, beliau menerima amanah dan kepercayaan pimpinan itu dengan penuh kesedaran akan segala kekurangan dan keterbatasan kemampuan dirinya.

"Saya terima amanah dan kepercayaan pimpinan ini dengan penuh kesedaran akan segala kekurangan dan keterbatasan kemampuan diri untuk mengharungi lautan perjuangan yang luas tak bertepi.

"Kekerdilan diri untuk memikul amanah ini mohon ditampung dengan segala tunjuk ajar, nasihat dan teguran dari semua saf kepimpinan,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline

Beliau turut mengajak seluruh ahli dan penyokong PAS untuk melangkah bersama dengan keberkatan dari Allah, menjayakan gagasan 'PAS Ganti Umno' dalam PRU ke-13 akan datang

Ulasan

mohamad berkata…
kenapa YB Syed Azman yg begitu popular dan disegani dikalangan pengundi tak kira PAS atau UMNO dan YB Dato Tg Hassan seorang yang hebat dalam pentadbiran dan kewangan tidak dilantik dalam kabinet PAS Trg yg baru. Sekiranya menang dlm PRU 13 nanti, saya harap orang-orang ni tidak dipinggirkan kerana mereka adalah ibarat injin yang ada kuasa turbo, yang lain-lain walaupun lama dalam parti tapi kebolehan agak kurang dalam mentadbir dan mengurus sebuah kerajaan. harap-harap kalau menang tak hanya sibuk pasal balak dan nak jadi pengerusi anak syarikat. jangan tipu tuan guru presiden. sepatutnya pemimpin PAS terengganu mesti ada sifat malu dan segan atas kesederhanaan hidup tuan guru hj. hadi. seperkara kagi dalam PRU 13 nanti Ustaz Bakar Chik sudah tidak dikehendaki oleh ramai pengundi PAS dan Ustaz Mahyuddin tidak memenuhi aspirasi penduduk Hulu Terengganu. Mereka masih mengungkit kelembapan Mahyuddin semasa berpeluang jadi wakil rakyat dahulu. hinggkan wakil rakyat UMNO sekarang disamakan dengan Mahyuddin...lembap. hati-hati orang hulu trg sekarang ini sudah mula kritis dalam membuat pilihan.