'Kartun' Utusan;Pemuda PAS buat laporan Polis

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) hari ini membuat satu laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung satu lakaran kartun bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” oleh pelukisnya yang menggunakan nama  MIKI.

Laporan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridhuan Hashim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 2.30 petang.

Katanya, kartun tersebut didapati mempersendakan Islam apabila membuat perbandingan seolah-olah Islam tidak mempunyai kuasa pendakwaan melainkan dikemukakan empat orang saksi.

Ianya, kata beliau bukan sahaja menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam malah salah faham terhadap hukum Islam.

“Saya mendesak supaya pihak berkenaan disiasat dan diambil tindakan di bawah Akta Penerbitan dan Bahan Cetak sebagai peringatan kepada pihak terbabit dan pihak lain agar berhati-hati dengan setiap penerbitan yang ingin dikeluarkan,” jelasnya kepada media.

Hadir sama mengiringinya, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Muhammad Zaidan Abdullah serta beberapa jawatankuasa DPPNT.

Ulasan