Tuntutan BERSIH jelas dan berasas

- ketidaktelusan SPR berlaku sewaktu PRK Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU
- Tuntutan BERSIH supaya diadakan pembaikian dalam sistem pilihanraya agar ia diadakan dengan lebih bersih dan adil adalah jelas dan berasas.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, PAS mempunyai banyak pengalaman bertanding dalam pilihanraya yang tidak berlaku atas 'padang permaianan yang sama rata'.

Katanya, pengalaman beliau ketika bertanding sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah satu bukti bahawa tidak ada ketelusan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan perjalanan pilihanraya.

"Kita ({PAS) banyak pengalaman dengan SPR (yang tidak telus dan tidak adil), waktu saya sendiri bertanding (pilihanraya kecil) di Kuala Terengganu, macamana Jabatan Pendaftaran boleh bekerja sehingga (jam) 10 malam,

"macamana pegawai pengurus pilihanraya yang dilantik oleh SPR boleh berkempenj untuk Umno dan Barisan Nasional, sehingga dua hari sebelum itu (hari poengundian) diminta ditukar, dibehentikan,

"ini benda (bukti) jelas, bukan kita reka "tegasnya ketika ditemui selepas mengetuai Bantahan Aman tehadap siaran karikatur menghina Islam oleh akhbar Utusan Malaysia di Pekan Batu Enam, dekat sini, Jumaat 24 Jun.

Beliau juga mempersoalkan, suatu ketika kerajaan telah menghabiskan berjuta ringgit untuk membeli dakwat celup jari untuk mengelakkan mengundi kali kedua, tetapi tidak digunakan

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu SMS ugut bunuh yang diterima oleh Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk pimpinan PAS.

Katanya, adalah tidak munasabah seseorang seperti Datuk Ambiga, bekas Pengerusi Majlis Peguam, yang mahu menuntut suatu keadilan diugut bunuh.

"Benda macam ini (tuntutan BERSIH) kita hendak selkesaikan, bukan oleh parti-parti politik sahaja tetapi bari banyak NGO, Datuk Ambiga dia bekas Pengerusi Majlis Peguam, dan dia orang perempuan takkan orang perempuan pun nak kena ugut, nak kena bunuh!,

"nak menyatakan (keadilan) nak memperbetulkan keadaan, (diugut) nak kena bunuh...apa ni???,"soal Wahid.

Beliau turut mempersoalkan, sekiranya kerajaan Umno dan Barisan Nasional merasa dirinya betul, mengapa mereka takut kepada suatu Himpunan yang aman?
|

Ulasan