KUALA LUMPUR - Seramai enam orang peserta Himpunan Bersih dari Kemaman, khususnya DUN Chukai telah ditahan polis berpakaian preman ketika minum pagi di sebuah gerai pagi ini.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata, ia suatu yang amat pelik dan luar biasa.
"Mereka sedang mereka minum, pagi tiba-tiba polis masuk ke gerai, pegang mereka dan bawa entah ke mana, ia adalah sesuatu yang pelik dan luar biasa,"ujarnya.
[Gambar - beberapa orang yang dipercayai akan menyertai Himpunan Bersih bergerak melalui jalan Petaling ke Jalan Stadium, menuju Stadium Merdeka]
Menurutnya, mereka yang ditahan adalah seperti dibawah;
1. Faizal - Setiausaha Kerja MTD Chukai
2. Ustaz Ramlan - Pemuda
3. Haji Bahari
4. Haji Bakar - Ketua Keselamatan
5. Haji Zahari - AJK DUN
6. Jaafar - AJK DUN
Dalam pada itu, Presiden PAS dalam kenyataannya kepada pihak media mengingatkan, tindakan menyekat perjuangan menegakkan Islam akan berhadapan dengan rempuhan.
Beliau menyifatkan ianya umpama gerakan air yang semakin ditahan, ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.
Ingatan ini dikeluarkan beliau menjelang perhimpunan Bersih di ibu negara petang ini yang kini berhadapan dengan sekatan umpama perang dari pihak kerajaan BN.
Seluruh Kuala Lumpur dikepung dan bilik-bilik hotel dan tempat tinggal digeledah umpama mencari pesalah besar yang sedang mahu menghancurkan negara.
Sementara itu, tinjauan Buletin disekitar kawasan pintu masuk jalan ke Stadium Merdeka semalam suasana berjalan seperti biasa.
Perniagaan di China Town dan Petaling Street terus rancak dengan ramai pelancung megunjungi kawasan tersebut.
Manakala, Central Market, disamping pelbagai berita hangat tentang 'molotov cocktail', 'bahan pembuat bom' dan sebagainya yang dikeluarkan oleh pihak polis, terus mengadakan aktiviti seni dan budaya.
Berita lanjut menyusul>>

Ulasan