Haji Wahid mengiringi kepulangan Presiden PAS

KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut akan mengiringi kepulangan Presiden PAS. Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang ke Kuala Terengganu, dengan penerbangan malam hari ini Isnin 11 Julai.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka mendapat sambutan dari orang ramai sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud.

[Gambar - Ustaz Abdul Hadi sejurus sebelum ditahan polis berhampiran KL Sentral]

Menurut satu pesanan ringkas (SMS) yang beredar, beliau akan disambut sebagai 'Wira Rakyat' kerana telah menjadi mangsa tangkapan polis ketika tutun ke jalan raya bersama rakyat dalam Himpunan Aman BERSIH 2.0 Sabtu 9 Julai.

"Sambutan Kepulangn WIRA RAKYAT Tuan Guru Hj Abd Hadi (Mangsa Tangkapan BERSIH) pada ISNIN- 11 Julai- 8 malam di lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Hadir beramai-ramai, pakai baju kuning,"menurut SMS tersebut.

Haji Wahid ketika dihubungi mengesahkan, beliau akan bersama dalam penerbangan yang membawa pulang Presiden PAS tersebut.

Ustaz Abdul Hadi juga, baru pulang sejak seminggu lalu, mengadakan lawatan ke Malaysia Timur bagi merasmikan penubuhan Kawasan-kawasan PAS yang baru di negeri Sabah dan Sarawak

Ulasan