KUALA NERUS - Kerajaan Umno bukan sahaja menolak undang-undang al-Quran yang ditutunkan oleh Allah SWT, tetapi juga tidak menuruti perintah perlembagaan persekutuan yang menjadi undang-undang negara.
Menurut Ketua Penerangan PAS negeri Pahang, Suhaimi Saad, kerajaan Umno dan BN bahkan melanggar perlembagaan apabila menghalang sebarang perhimpunan khususnya Himpunan BERSIH baru-baru ini.
"(perkara) yang ditetapkan dalam perlembagaan, yang Umno guna dalam pemerintahannya, sekarang ni Umno dan BN, al-Quran pun dia tolak, undang-undang yang dia buat pun dia tolak,"jelasnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan isu semasa di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, dekat sini, semalam 14 Julai..
Katanya Fasal 10 perkara 1 dalam perlembagaan menyebut tiap-tiap warganegara berhak bercakap dan mengeluarkan (buah) fikiran, berhimpun secara aman tanpa senjata dan berhak menubuhkan persatuan.
Oleh itu beliau menyifatkan Umno dan BN menzalimi rakyat dua kali apabila menolak undang-undang syariah dan pelembagaan negara.
Berita lanjut menyusuil>>
Dengar sedutan rakaman Suhaimi di sini

Ulasan