25 Julai 2011

Kerajaan Terengganu dicabar bubar DUN

KUALA TERENGGANU - PAS mencabar Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan mengadakan pilihanraya umum yang ke-13.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr.Alias Razak melontarkan cabaran tersebut khususnya kepada Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Umno dan BN negeri Terengganu.

"Dah moleklah, kalau Umno-BN dah bersedia, kita cabar dia (Ahmad Sad) bubarkan DUN dan panggil pilihanraya umum (ke-13), dia (BN) kata jentera dia dah sedia, kita memang dah lama sedia,

"semua DUN kita kita dah lancar jentera, 'dang moleklah' (sedang eloklah), kalau adakan pilihanraya "katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal DUN di pejabat Perhubungan PAS, Taman Seri Intan dekat sini, Ahad 24 Julai

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan yang dilaporkan berkata jentera parti Barisan Nasional (BN) semua peringkat telah lama digerakkan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ahmad Maslan berkata demikian selepas merasmikan Penutupan Konvensyen BN Terengganu 2011 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Terengganu di sini, hari Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan pemimpin Umno negeri, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta pimpinan parti komponen BN negeri itu.

Bercakap soal sidang DUN yang akan diadakan pada 22 dan 23 Ogos depan, Dr. Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal berkata, kerajaan wajar menerima dan menjawab semua soalan yang dikemukakan tanpa perlu risau dan takut.

"Kerajaan perlu terima dan jawab semua soalan yang dikemukakan oleh 'rakyat' dengan ikhlas dan telus, tidak perlu risau dan tak perlu takut, kalau kerajaan betul, mengapa perlu takut.....berani kerana benar....,"tegasnya.

Beliau mewakili semua ADUN PAS melahirkan rasa kesal kerana kerajaan Umno-BN bersikap 'kurang jantan' kerana menolak soalan-soalan yang dikemukakan pada beberapa sesi sidang DUN yang lalu.

"Kita dilantik oleh rakyat, samada wakil PAS atau BN, semuanya dipilih oleh rakyat untuk membawa suara mereka ke dalam dewan (DUN), untuk dibincangkan, bagi kebaikan dan kemajuan negeri,"ujarnya.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...