Menggelepar ketakutan!

- Umno kudakan Jakim jadikan mimbar Jumaat pentas politik
KUALA LUMPUR
- Bukan kepalang takutnya Umno sehingga memperkudakan Jakim menerusi khutbah yang dibaca dimimbar Jumaat hari ini, kononnya menyeru pada 'perpaduan'.

Pada masa yang sama, Jakim memanupulasikan hadis RasuluLlah SAW yang dirawayatkan oleh Muslim bermaksudnya: “Akan wujud keadaan kacau bilau di kalangan umat, maka barang siapa yang ingin memecahbelahkan perpaduan umat ini, hendaklah ia dipancung dengan pedang tanpa mengira siapakah orangnya”.

Ternyata bukan perpaduan yang dicanangkan, tetapi Jakim sudah menjadikan mimbar khutbah Jumaat hari ini 8 Julai, sebagai pentas politik.

Bukan calang-calang tuduhan Jakim kepada mereka yang mahu menyertai Himpunan BERSIH pada esok Sabtu, 9 Julai, sehingga boleh 'dipancung'

Dengar sedutan khutbah yang dirakan Skuad Buletinonline klik sini

Lihat dan baca teks khutbah dari Jakim e-khutbah

Ulasan