PAS Terengganu 'panaskan badan' dengan dua demo pra-BERSIH

KUALA TERENGGANU - Walaupun terdapat tangkapan demi tangkapan dibuat berhubung penganjuran BERSIH 2.0, PAS Terengganu berjaya mengadanjurkan dua demo 'pemanas badan' (warming up).

Sekurang-kurangnya dua himpunan diadakan oleh PAS Terengganu bagi 'memanaskan badan' sebelum menyertai Himpunan Aman BERSIH 2.0  yang dijadualkan pada 9 Julai depan.



PAS Kawasan Setiu mengadakan Himpunan 'pemanas badan' diperkarangan masjid dalam DUN Jabi.

Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat 1 Julai telah disertai oleh 300 orang.

Antara pemimpin PAS Setiu yang hadir adalah Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim, AJK PAS Setiu, Ustaz Rozali Mohamad dan Ketua Pemuda Ustaz Mohd Soufi Ismail.

Manakala PAS Kawasan Dungun, meneruskan rancangan mengadadakan Himpunan pemanas badannya di Masjid Pulau Serai.

Pada Khamis malam 30April, satu himpunan kecil serta solat hajat telah diadakan di hadapan balai polis Dungun, apabila Ketua Pemuda pemuda ditahan.

Himpunan Pra-BERSIH yang diadakan selepas solat Jumaat itu turut dihadiri oleh Ahli Jawatnkuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik.

Lebih 400 orang hadir walaupun terdapat sekatan jalanraya oleh pihak polis, yang cuba menghalang orang ramai menyertai himpunan tersebut.

Ulasan