PAS Tidak bermusuh dengan polis, tetapi berlawan dengan BN

MARANG - Dalam meneruskan perjuangan, PAS berpegang kepada konsep tidak bermusuh dengan pihak polis kerana musuh politik PAS adalah Umnoi dan Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ada polis yang bersikap kasar dan terdapat juga anggota yang bersikap lembut.

"Ada (anggota polis) yang menunjukkan kekasaran ada yang menunjukkan sikap lembut, kita tahu mereka diarah oleh kerajaan oleh Barisan Nasional, dan arahan itu tidak betul,

"konsepnya kita tdak bermusuh dengan pihak polis, kita nak lawan Barisan Nasional,"ujarnya ketika diminta pihak media mengulas tindakan polis dalam Himpunan Aman BERSIH 2.0 Sabtu 9 Julai lalu.

Beliau menyifatkan pendapat tokoh Islam yang menolak demonstrasi adalah dari kalangan mereka yang tidak membaca sejarah RasuluLlah SAW.

"Dia tak baca sejarah (kalau) dia baca sejarah bila Saidina Hamzah masuk Islam, (bila) Saidina Omar masuk Islam, mereka minta nak keluar demonstrasi,

"lalu, mereka buat demonstrasi di Mekah, boleh jadi (beliau) tak baca sejarah tu,"jelas Ustaz Hadi dalam sidang media selepas Ceramah Perdana Pasca BERSIH yang diadakan di perkarangan masjid Rusila, semalam 15 Julai.

Menurutnya, dalam Islam demonstrasi adalah dibenarkan malah katanya RasuluLlah SAW juga menyuruh para sahabatnya keluar berdemonstrasi.

Berita lanjut menyusul>>

Ulasan