Sistem 'Biometrik' tidak jamin satu undi setiap orang

KUALA NERUS - Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Ir. Haji Khalid Samad menegaskan sistem biometrik yang dicadangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) untuk digunakan dalam pilihanraya tidak menjamin ketelusan.

Beliau berkata, sistem biometrik telah digunakan oleh pihak Universiti Malaya untuk mendaftarkan kedatangan pelajar telah rosak dan tidak berfungsi.

"Universiti Malaya guna sistem Biometrik, cop jari untuk ambil kedatangan pelajar, ada pelajar yang ibu jarinya berpeluh menggunakan alat tersebut,

"akhirnya ia menjadi rosak,"ujarnya ketika berucap dalam ceramah penerangan yang diadakan di Bukit Tunggal dekat sini, Sabtu 23 Julai.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan Umno-BN yang bersetuju SPR menggunakan sistem tersebut daam pilihanraya akan datang.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti.

Najib berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

Namun, menurut Khalid, sistem  ia hanya memihak kepada kerajaan dan SPR kerana parti-parti politik selain tidak memiliki alat pengesanan cap jari itu, juga tidak mempunyai maklumat data bagi pengesahannya.

Oleh itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Shah Alam berkata penggunaan dakwat kekal sebagaimana dicadangkan BERSIH adalah lebih baik.

Menurutnya, ia lebih murah dan boleh digunakan oleh semua pihak.  

Berita lanjut menyususl>>


Dengar bahagian 2 ceramah Khalid di Buletinonline Radio

Ulasan