44 warga Kemboja didaftarkan sebagai pengundi 'hantu' di daerah Dungun

DUNGUN - Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta mengambil tindakan membersih senarai 264 orang warga Kemboja yang telah didaftarkan sebagai pengundi 'hantu' di negeri Terengganu oleh pihak yang bertujuan untuk menipu pilihanraya.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, daripada jumlah tersebut seramai 44 orang tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negera (JPN).

[Gambar - Haji Wahid disambut  mesra ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa, kali pertama ke Kampung Durian Mentangau, Dungun, selepas dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu]

"Berhubung dengan kes warga asing (yang didaftarkan sebagai pengundi), ada pemilih jumlahnya (seramai) 264 orang yang dalam rekod dalam Jabatan Pendaftran Negara (JPN),

"seramai 44 orang tidak ada rekod (sebagai warganegara),"jelas Haji Wahid dalam satu sidang media yang diadakan di sini, sempena lawatannya ke kawasan ini semalam, Selasa 9 Ogos.

Sebelum ini, Badan Perhubungan PAS Terengganu, melalui Jabatan Pilihanrayanya telah mendedahkan senarai daftar pemilih di negeri ini yang tidak bersih.

Berita lanjut menyusul>>

Ulasan