500 bungkus bubur lambuk hbis diedarkan


KUALA TERENGGANU - Sebanyak 500 bungkus 'bubur lambuk' habis diedarkan oleh Jawatankuasa  Surau a-Huda, Pejabat Perhubungan PAS negeri Terengganu.

Program julung-julung kali dianjurkan itu, mendapat sambutan 'memberangsangkan' sehingga ada diantara yang datang kemudian hanya 'berputih mata'.

Oleh itu Jawatankuasa Surau al-Huda sedang menggandakan usaha mendapatkan sokongan dan sumbangan dari orang ramai bagi menambah jumlah bubur lambuk yang diedarkan pada minggu hadapan.
[Gambar - Ustaz Abdullah Suhaimi (baju biru, kanan) memerhatikan para petugas Pejabat PAS negeri Terengganu membungkus bubur lambuk]

"InsyaAllah, kita bercadng meneruskan khidmat sosial kita, memasak dan mengedarkan bubur lambuk secara percuma ini, setiap Isnin dan Rabu sepanjang Rmadhan,

"oleh itu kita harap dapat menerima sokongan dari warga Kuala Terengganu, para muhsinin, agar kita dapat menambahkannya kepada 1000 bungkis InsyaAllah!,"kata Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria yang bertindak selaku penyelaras program-program Ihya Ramadhan Surau al-Huda.

[Gambar kanan - Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda dan ADUN Bukit Payung turut mengedarkan 'bubur lambuk' di perkarangan pejabat PAS negeri Terengganu semalam ]

Beliau yang juga Setiausaha Kerja Dewan Ulamak, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan padu kepada pembinaan Surau tersebut yang kini menjadi tumpuan warga kerja di Tman Seri Intan menunaikan solat Zohor dan Asr secara berjamaah.

Ulasan