KUALA TERENGGANU - Rakyat digesa menghentikan kezaliman dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridhuan Hasyim berkata Islam mengajar umatnya agar membantu orang yang melakukan kezaliman dan yang kena zalim.
Katanya, membantu pihak yang zalim dengan cara menghalang dari terus melakukan kezaliman tersebut.
“Nabi Muhamad SAW ajar umat dia supaya tolong orang yang zalim dan orang yang kena zalim. Cara tolong yang yang buat zalim dengan menghalangnya dari terus melakukan kezaliman.
“Hari ini kita (rakyat) kena tolong Umno yang buat zalim dengan cara kita menghalang Umno dari terus melakukan kezaliman.
“Ini kerana, dengan ‘kuasa’ (memerintah) Umno boleh melakukan apa sahaja. Dia boleh bercakap apa sahaja dengan percakapan yang tidak bertanggungjawab. Cara kita hendak tolong Umno dengan tidak memberi kuasa atau undi kepada mereka dalam pilihan raya,” jelasnya ketika berucap pada majlis ceramah di Kampung Banggol Donas, Kuala Nerus.
Katanya, dalam amalan negara demokrasi kuasa rakyat yang menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.
Menurutnya, undi dalam pilihan raya merupakan kuasa rakyat yang perlu digunakan dengan betul.
“Memang kita (PAS) nampak Umno ini zalim, khianat, jijik, hanyir dan busuk. Itu kesimpulan yang dapat kita gambarkan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional Terengganu.
“Kuasa yang hendak hentikan kuasa itu ada pada rakyat. Dalam negara demokrasi berparlimen ini ‘tangan’ (undi) rakyat yang menentukan. Undi dalam pilihan raya merupakan kuasa rakyat.
“Sebab itu, kita (PAS) berusaha dapatkan undi yang besar. Sokong PAS dan Pakatan Rakyat cara untuk hentikan kezaliman Umno-BN,” ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus mengulangi penegasannya bahawa tidak ada pilihan menentang kezaliman tersebut.
Menurutnya, dalam isu pengambilan balik tanah rakyat di Kampung Banggol Donas-Jeram sangat tidak adil serta bersifat zalim dan khianat.
Oleh itu, katanya menjadi kewajipan terhadap setiap rakyat menentang segala bentuk kezaliman, penyelewengan Umno-BN.
“Umno dan Barisan Nasional guna pelbagai taktik dan tipu helah yang dilakukan, penyelewengan, penipuan dan kezaliman. Masing-masing kena main peranan menentang kezaliman itu.
“Khususnya, dalam isu pengambilan-balik tanah di Kampung Banggol Donas-Jeram. Maka, kita tidak ada pilihan lain wajib ke atas diri kita untuk menentang segala bentuk kezaliman, penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN pada hari ini,” tegasnya.
Menurutnya, Islam menentang sebarang bentuk kezaliman yang berlaku bukan sahaja ke atas manusia juga ke atas binatang.
Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr Bala Chandran dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pengambilan Tanah Banggol Donas-Jeram, Salleh Embong.

Ulasan