KUALA NERUS - Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridzuan Hashim menggesa para pemuda supaya mencontohi para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berperang dalam perang Badr.
Pada masa yang sama, beliau meminta para pemuda menjauhi perangai Bani Israel yang mementingkan diri sendiri.
Sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, menurut Ustaz Ridzuan, para sahabat Nabi telah memberi jaminan akan berjuang bersama-sama Nabi di masa senang atau pun susah.
"Jadilah seumpama sahabat ahli Badr, bukan seumpama sifat yang ada pada Bani Israel yang tidak mahu melibatkan diri (dan berperang bersama Nabi Musa),
"bersama-sama (lah) memberikan saham (dalam perjuangan Islam) dengan kemampuan yang ada pada diri masing-masing,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Iftar Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus, disini, Ahad 14 Ogos.
Begitu juga, beliau menyeru, supaya para pemuda Islam mencontohi nilai pengorbanan sahabat Nabi SAW begitu tinggi, sebagaimana mereka yang terlibat dalam peperangan Tabuk.
Katanya, ada dua orang sahabat yang miskin, tidak cukup kelengkapan, menangis apabila permohonan mereka untuk turut bersama pasukan Tabuk, ditolak oleh Nabi.
"Sepatutnya mereka suka kerana tidak perlu pergi berperang, sebaliknya mereka menangis, walaupun mereka telah diberi keizinan, agar tinggal di Madinah,"tambah Ustaz Ridzuan.

Ulasan