Kepimpinan baru PAS Terengganu, dekat dan mesra dengan rakyat

HULU TERENGGANU - Saf kepimpinan baru PAS Terenggganu menggunakan kesempatan bulan Ramadhan yang sedang dilalui oleh umat Islam, untuk bertemu dengan seluruh rakyat dalam negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata ia adalah satu usaha 'mesra rakyat' dan lebih 'dekat' dengan rakyat.

"Kita (PAS) nak ambil kesempatan untuk ziarah Bazar-bazar Ramadhan dalam setiap daerah (di) seluruh negeri Terengganu,

"kita dah pergi di Kuala Terengganu, dah pergi di Kuala Nerus, kita dah pergi ke Marang dan hari ini kita ke Kuala Berang,"ujarnya ketika ditemui di Bazar Ramadhan Kuala Berang, disini, Isnin, 8 Ogos. 

Menurutnya, Kuala Berang adalah lokasi ke-4 dan jelajah Bazar Ramadhan akan diteruskan esok, Selasa, di bandar Dungun.

Sebelum itu Haji Wahid sempat menziarahi sebuah keluarga di Kampung Rahmat, Jalan Tanggol, Kuala Berang.yang menerima dugaan, apabila ayah mereka telah meninggal dunia. [Gambar kiri]

Allahyarham Hj Abdul Rashid  atau Pak Rashid telah kembali ke rahmatuLlah secara tiba-tiba tanpa sebarang sakit berpanjangan.

Lawatan Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Terengganu ke DUN Kuala Berang berakhir dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib bersama penduduk yang diadakan di Kampung Telaga.

Haji Wahid dalam tazkirah ringkasnya sebelum berbuka mengingatkan umat Islam tentang peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan.

Antaranya, kata beliau, adalah perang Badar yang menyaksikan, bukan kuantiti yang menentukan kemenangan, tetapi kualiti pasukan.

"Tentera Islam seramai 313 orang telah mengalahkan tentera kafir Quraish seramai 1300 orang, ada dua pengajaran dari perang Badar,

"yang pertama, bukan kuantiti yang menentukan kemenangan Islam, tetapi kualiti tentera yang terlibat dalam perang Badar,

"yang kedua, Islam akan mencapai kemenangan, apabila berdepab dengan musuh-musuh Islam,"jelasnya.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 2, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr. Alias Razak, dan Bendahari PAS Terengganu, Cikgu Shukrimun Shamsuddin.

Ulasan