Kerajaan Terengganu 'susup' perbelanjaan SPNB guna wang royalti?

KUALA TERENGGANU - ADUN Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyelar tindakan kerajaan Terengganu yang cuba menggelapkan perbelanjaan SPNB membina rumah di negeri Terengganu dengan menggunakan wang royalti milik kerajaan negeri.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said menyatakan Syarikat Perumahan Negara (SPNB) telah membelanjakan RM771, 344,000 wang royalti minyak Terengganu untuk membina rumah di seluruh negara.

[Gambar - ntara rumah yang telah dibina oleh SPNB di negeri Terengganu menggunakan wang royalti]

Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. yang juga ADUN Rhu Rendang

Ustaz Hadi meminta kerajaan negeri menyatakan jumlah sebenar Wang Dana Khas Royalti Petroleum yang telah digunakan oleh SPNB sehingga kini dan bilakah ianya akan dibayar balik.

Namun, jawapan Ahmad Said dalam Sidang DUN 22 Ogos itu telah disangkal oleh Haji Wahid yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

"angka yang diberikan itu, saya rasa berkurangan, kerana angka sebenar SPNB guna duit royalti sejak tahun 2000 hingga 2009 adalah sebanyak RM873.4 juta,

"mungkin angka yang disebut oleh MB itu, nak potong sebanyak RM102.1 juta, jumlah perbelanjaan rumah yang SPNB buat di Terengganu,"jelas Wahid yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Menurut Wahid, kerajaan Trengganu mesti menuntut jumlah RM102.1 juta daripada kerajaan pusat dan tidak boleh membiarkan akan syarikat kerajaan SPNB buat dan jual rumah dengan modal 'free'.

Ulasan