Mana Pulau Warisan......Pusat Budaya Negeri???

KUALA TERENGGANU - Setelah kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu menghabiskan RM20 juta pada zaman bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh, ditambah sehingga RM50 juta oleh Menteri Besar semasa Dato' Seri Ahmad Said, dan akhirnya kos mendadak menjadi RM61 juta!

Namun begitu 'kelibat' Pulau Warisan sebagai Pusat Budaya Negeri tidak kelihatan.

Bukan main hebat 'khayalan' Idris yang mengungkapkan, pulau buatan manusia berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terenggan itu akan dibangunkan bagi menempatkan bahan kebudayaan, kesenian dan makanan yang menjadi warisan negeri ini.

"Pulau ini didedikasikan untuk mempamerkan warisan negeri termasuk bentuk bangunan, senibina, makanan dan suasana kehidupan penuh tradisi,"kata Idris Jusoh kepada pada 9 Julai 2007 kepada para wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Terengganu, di Kelab Teluk Warisan, Pulau Duyong.

Menurut Idris ketika itu, pulau yang berkeluasan enam hektar itu akan dibangunkan dalam tiga fasa dengan perbelanjaan RM20 juta.

Apabila Ahmad Said merampas 'khayalan' Idris selepas pilihnaraya umum ke-12 tahun 2008, dan menjadi Menteri Besar yang baru, Ahmad seolah-olah 'terpinga-pinga' tentang projek pembangunan Pulau Warisan yang banyak disebut-sebut, dipengaruhi oleh bekas Exco Infrastruktur, Dato' Wan Hisham Wan Salleh.

Sehingga digelar 'orang', pulau yang terhasil dari timbunan pasir belakang Kampung Cina Kuala Terengganu itu sebagai 'Pulau Wanhisham' sangat hampir bunyinya dengan nama sebenar 'Pulau Warisan'!.

Lalu timbul 'ura-ura' Ahmad Said akan membatalkan semua projek-projek yang dirancang oleh Idris termasuk projek pembangunan Pulau Warisan. Projek tersebut  telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana tidak ada pergerakan dilihat dalam kerja-kerja pembangunannya.

Ahmad Said lalu berkata tidak ada sebab mengapa projek itu harus dihentikan kerana katanya, pembangunan pulau itu 'kononnya' boleh menarik minat pelancong ke negeri ini.

''Walaupun begitu, kerajaan negeri akan membuat pengubahsuaian mengenai pelan asal projek itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Wakaf Tapai  22 Mei, 2008

Dan ketika itu, kos pembangunan Pulau Warisan telah meningkat RM10 juta kepada RM30 juta dari kos asasl sebanyak RM 20 juta, dan laporan menyebut, ia dijangka siap pada akhir tahun 2008.

Namun sekali lagi dipertegaskan, apabila menjadi kenyataan, Pulau Warisan akan menempatkan bangunan yang mempunyai seni bina tradisional Melayu, pentas persembahan kebudayaan dan bazar barangan tradisional Terengganu.

Selain itu, Ahmad menambah, pulau itu juga menyediakan tempat riadah, pusat makanan tradisional Melayu Terengganu, pusat permainan tradisional dan rumah-rumah Terengganu.

Tiba-tiba, apabila ditanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) jawapan yang diberikan Exco Infrastruktur, Yahya Khatib bertentangan dengan jawapan Ahmad Said.

Kata Yahya, kerajaan negeri memutuskan untuk menangguhkan projek pembangunan Pulau Warisan di kuala Sungai Terengganu di sini yang bernilai RM40 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, setakat ini hanya kerja-kerja menambun pasir membabitkan peruntukan RM4 juta telah dilaksanakan di kuala sungai itu.

''Pembinaan bangunan belum dilaksanakan, cuma menambun pasir di tengah sungai sudah dilakukan," katanya semasa menjawab soalan lisan Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri 17 Disember, 2008.

Bahagian 2; Mana Pulau Warisan akan menyusul!

Ulasan

amber berkata…
Bijak Mat Said serta tokoh2 selepas dia. Dia tanam pokok2 yg berwarna warni. Memang mahal tu ! Tiba malam pokok & buahnya bercahaya, macam pohon zaqqum yg Allah cerita dlm Quran! Agaknya dia orang teringin nak makan buah tu sebelum pencen kot !
Ramai yang menyebut kerana terpedaya, kononnya macam 'I' city di Shah Alam, sebenarnya solekan kosmetik untuk menutup penyelewengan sebenar, di mana Pulau Warisan yang dikatakan pusat budaya konon???!!