Pemimpin mesti integrasikan ilmu dan tegas amalkan Islam

KUALA NERUS - Para pemimpin Islam di peringklat mana sekalipun, mestilah berupaya mengintegrasikan ilmu dan diamalkan dalam bidang masing-masing

Pengarah Open University Malaysia (Terengganu), Tuan Haji Khairuddin Dato' Haji Zakaria berkata sistem 'dualisme' yang wujud adalah berpunca dari kegagalan pemimpin mengamalkan ilmu dalam kehidupan.

"Apa yang diajar di sekola-sekolah, tidak sama dengan apa yang diamalkan oleh murid dan guru di luar sekolah, di sekolah (pelajar perempuan) memakai tudung, tetapi tidak memakai tudung di luar sekolah,"katanya


Beliau berkata demiakian ketika merasmikan program 'Hari Ilmu' di Maahad Tahfiz wal Tarbiyah, Tok Jiring dekat sini

Beliau yang juga bekas Pengarah sebuah Institut Perguruan berkata, pemimpin mestilah 'tegas' mengamalkan hukum Islam.

Mengungkap pengalamannnya, katanya, beliau dituduh sebagai seorang yang kontroversi kerana arahannya tidak membenarkan kakitangan dan orang bawahannnya menaiki kereta bersama antara lelaki dan perempuan. 

"kalau nak naik juga, kalau perempuan pemandu, penumpang lelaki duduk di belakang, kalau lelaki pemandu, penumpang perempuan duduk di belakang,"ujarnya.

Menurutnya, ilmu yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat dengan syarat ia dilaksanakan dan diamalkan dengan baik.

"Maka saya nyatakan disini, ilmu itu adalah untuk kebahagiaan manusia didunia dan akhirat, sekiranya kita menjadi pemimpin, hendaklah kita mengintegrasikan ilmu ini,"jelasnya.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin

Ulasan